BEN ASHAARI

Wednesday, March 6, 2013

GULAI BABAT CILI MASAK..

rsz_gulai_babat_cili_masak
Salam semua, hari ni dah Rabu, tau2 esok sampai penghujung bulan Mac saja, anda sehat?.. Cm hari ni masak atas permintaan, dan seperti biasa ala2 masakan berprofile tinggi gak ni, gulai babat cili masak, errr, apa pasal cili masak, nak tau gak kan. Sebenarnya nama dia je macam tu sebab cm guna cili padi masak ranum kaler merah. Tu pasal kuah dia nampak keemasan. Kebiasaannya bonda lebih gemar cili padi kampung yang hijau, sebab kuah akan menjadi lebih cantik katanya. Cm campur rebung jeruk, tapi rebung yang ini tidak lah berbau sangat sampai melekat di jari2 anda, ia cuma rasa masam dan tidak berbau. Kalau anda tak makan babat, boleh ganti dengan udang, atau daging salai. Resipi boleh dikatakan senang dan dalam apa jua masakan tradisi, bahan2 segar amat penting terutama 'santan'. Sebab cm ada stok kelapa, maka cm parut dan perah sendiri santan segar jika memerlukannya. Tak salah nak guna santan kotak....Entri pilihan di sini..Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram rebung jeruk, cuci dan toskan
350 gram babat, potong kiub dan rebus hingga lembut, toskan
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor (kalau saiz besar, guna sekeping)
1 liter santan cair
450 mk pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 genggam cili padi kampung yang masak (kaler merah)
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan babat dan rebung ke dalam periuk bersama serai dan bahan kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak atas api hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau sekali sekala. Tambah asam gelugor dan biar masak sekejap lagi.
  2. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Masak hingga rebung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...


7 comments:

sabar dubai said...

Terliurnyee che mat

Amin A. R said...

kuahnya nampak sedap..cuma saya tak pernah makan babat... :)

mimie said...

kalau time raya kurban, emak selalu masak babat ni... :)
sedap sangat.... :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

oh, Kak Sari ingat cili tu masak dulu, sebab tu panggil cili masak.. hehe..

suka babat! (p/s : Kak Sari, apa yang tak suka???)

xura said...

tak pernah makan dan tengok babat..

xura said...

tak pernah makan dan tengok babat..

xura said...

tak pernah makan dan tengok babat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.