BEN ASHAARI

Friday, March 22, 2013

"EVERYPIN.COM"...YANG AMAT MENARIK!..

Salam semua, sekarang ni menjadi trend blogger dan para pengguna internet dan sebagainya mempromosi entri2 terbaru mereka di laman2 sosial dan sebagainya. Pernah anda dengar 'EVERYPIN.COM'?. Cm pun baru tau benda ni wujud dan ia amat menarik terutama bagi blogger yang kerap menggunakan gambar dalam entri mereka, tak kesah lah samada blogger masakan, blogger fotografi atau mereka2 yang menjalankan perniagaan secara on line. Everypin.com satu tempat di mana anda boleh share gambar dari blog anda dan setiap gambar yang telah anda 'pin', akan tertera link blog anda sendiri. Secara tak langsung mereka yang melihat akan turut berkunjung ke blog anda..

Tapi sebelum tu anda kenalah daftar dulu di www.everypin.com, tak susah dan mudah saja. Lepas tu anda boleh baca dengan lebih teliti cara2 untuk anda guna 'everypin.com' dalam kegiatan seharian di blog anda terutama jika ada entri baru yang bergambar. Sebagai contoh, cm nak ping entri gulai klasik nangka dengan daging, cm pergi ke page di blog yang punya gambar gulai tu dan klik pada satu 'pin it button' yang kita boleh letak di bahagian toolbar (yang ini anda boleh baca bila anda dah daftar dan log in ke everypin.com bagaimana cara2 nak meletakkannya di bahagian toolbar) dan secara automatik gambar tadi akan dipindahkan ke 'everypin.com', tapi terlebih dahulu kenalah tulis apa nama resipi dan dalam kategori apa. Nanti akan jadi seperti gambar di atas...Perasan tak dah ada 3 menu dari blog DTS yang cm pin..

Dan. bila anda klik gambar tadi, ia akan jadi seperti di atas, juga tertera dari sumber mana gambar tu datang. Kalau anda pin kan pada mana2 gambar dari lama web yang anda suka, link laman web atau blog mereka juga akan tertera. Sebagai contoh macam gambar di bawah ni, cm pin satu gambar dari blog Kak Yatie Memories dan cuba anda lihat, secara tak langsung nama blog Kak Yatie turut tertera di situ...amacam, menarikkan. Satu yang bagusnya everypin.com ini lebih sopan dan lebih islamik ..

Macam2 lagi yang boleh anda terokai dengan 'everypin.com'. Jadikan ia satu tempat kita bertukar2 idea, ilmu dan pengetahuan dalam keadaan yang lebih menarik. Manfaatkan setiap entri anda yang punya gambar menarik agar dapat dikongsi bersama. Apa lagi jomm lahh sertainya sekarang....di sini...pasti anda akan rasa kelainannya..

16 comments:

Ummi said...

Terima kasih Mat berkongsi...aah masa tengok Pin dr Azlita sblm ni...duk terfikir laaa...kat blog pun x terentry akak ni...hahahaa, ni pulak nak pin sana pin sini...last2 "pin"saaann.... Apapun mmg menarik kan...bagus tuk blogger2 sepenuh masa di rumah mcm you all, byk masa kena hadap PC nih Mat! Tahniah DTS kerana telah maju selangkah lagi kehadapan...moga terus rajin ya Mat...jgn ngengada nak letak status malas dan nak stop blogging dah pasni... ^__^

**Psstt - Mata aiii x tahan hadap skrin lelama...tp kalau hadap makanan lama2 xpa pulak...hehe

Sury Abil said...

Menarik ni cm...tq for sharing..:-)nnti nk pin gak ler...

Suejoshua said...

Mattt sayang..terima kasih kongsi info ni erkkk...

Yatie said...

terima kasih Che Mat berkongsi info, kalau tak...tak tau ni...nnti bila free akak cuba...btw tq coz buat contoh gambar kuih talam vanilla coklat tu...kat situ kira promosi gak tu....he3...terima kasih sekali lagi...

Gee® said...

Mekacih CM...

Mori Said said...

Tq CM for the info...

Huda Ahsin 2 said...

Waa... best ni. Nanti nak cubalah. Thanks CM!

wanie ibrahim said...

lebih kurang macam pinterest ye..

Syue Mustafa said...

Thanks for sharing.

Delima Zamrud said...

Mudah nk promosikan blog kan just 1 click je :)..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

baru je dpt info ni dalam radio tempohari... memang menarik tu.. t.kasih mat..

author said...

maklumat bagus ni. boleh cuba. tq.

veesandii said...

assalamualaikum ... tak rugi vee visit blog nih . dapat info berguna . thanks ya .

Edda purple said...

TQ Che Mat atas info nie ;)

Domolitos said...

Tq good sharing!

Mohd Shafizam Abd Latif said...

Thanks, good info sharing.

Hope we can support each other.

http://shafizam.blogspot.com

Thanks

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.