BEN ASHAARI

Saturday, February 16, 2013

UBI GORENG KETUMBAR JINTAN..

rsz_ubi_goreng_ketumbar_jintan
Salam semua, sekarang ni kat sini, asal petang saja, mesti hujan. Sebenarnya belum sampai petang sangat pun dah hujan tadi, baju yang cm jemur cuma dapat kering embal2 saja. Petang macam ni mulalah rasa boring, dan pagi tadi cm ada rebus ubi untuk sarapan, siap buat sambal tumis ikan bilis lagi, jadi petang ni teringin nak goreng pulak. Guna baki ubi rebus saja. Kali ni goreng dengan tepung beras yang dicampur ketumbar, jintan manis dan bawang putih, konon2 macam tempe goreng berempah. Makan dengan sambal tumis ikan bilis. Hari ni tak buat kopi, tapi buat teh...Sebenarnya tu lemon tea, cuma terlupa nak letak sehiris lemon dalam cawan, cm cuma boh jus lemon dalam teko dia saja. Ubi goreng ketumbar jintan sedap dimakan panas, nak2 kalau hari hujan dengan cuaca dingin....hmmm, nak cerita pun malasss......Jomm kita makan dulu (^______*).

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya, kupas, cuci dan belah, kemudian rebus hingga empuk, toskan
1 cawan tepung beras
1/2 biji telur (pecahkan sebiji telur, kacau rata dan ambil 1/2 bahagian)
1/2 cawan air atau secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camc besar jintan manis*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belah ubi rebus pada bahagian yang sesuai (kalau saiznya besar), ketepikan. Sementara itu satu kan tepung dengan bahan tumbuk halus, 1/2 telur, serbuk kunyit dan air. Kacau rata dan jika agak pekat, tambah sedikit lagi air. Perasakan dengan garam secukupnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, celop ubi rebus tadi dalam ancuhan tepung, kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak atas kitchen paper towel. Biar minyak terserap. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, atau sos kegemaran anda...


7 comments:

Delima Zamrud said...

Isk isk isk CMG mmg pandai mengoda kan ngan menu yg mengancam :)..

fizafantagirO said...

Yummi! tergoda tekak fiza tgk gambar tu :p

Kak Rose said...

Mat, ngences petang2 gini nampak ubi goreng tu... esok nak g cari jugak la....

sutera ungu said...

Abg mat....sedapnya...tgh ngidam ni...tulung....

sutera ungu said...
This comment has been removed by the author.
sutera ungu said...

Abg mat....sedapnya...tgh ngidam ni...tulung....

Dessert Paradise said...

CM, tengok ubi tu boleh tahan lagi... TAPI tengok cawan dgn tekoh tu.... macam nak nangisssssssssssss je... geram gitu!! kat mana dapat tu.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.