BEN ASHAARI

Monday, February 25, 2013

LEMPENG KELAPA JUGA....GARA-GARA KAK IDA!!..

rsz_lempeng_kelapa (1)
Assalammualaikum, melempeng kelapa juga cm ni hari. Gara2 Kak Ida menayangkan entri lempeng kelapa yang begitu mengiurkan di sini. Malas tau kalau kena godaan macam tu, walaupun cm nya mood masak tak menentu, tapi bahana dah terbayang2kan lempeng kelapa Kak Ida, terus cm pi kupas kelapa, parut dan ku bancuh dan melempeng. Tapi takde lah kari sardine cuma ada sambal tumis ikan bilis belen nasi lemak yang cm buat sebelum ni. Ngam lah makan sama lempeng kelapa. Satu adunan yang cm buat dapat dalam 7 keping lempeng kelapa bersaiz sederhana. Ini ikut banyak mana anda tuang bancuhan  tu. Macam cm, guna 1/3 cawan untuk setiap lempeng. Nak senang guna non-stick pan, tapi kalau guna kuali biasa pun boleh, pandai2 lah nak menggayakannya agar menjadi rupa lempeng. Resipi seperti berikut dan nak tanya juga, anda pernah tengok kuih ini?...Cm pun pestime tengok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih (kalau dapat guna kelapa untuk buat inti)
1 camca teh baking powder
1 1/3 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, kari, sos cili atau apa saja yang anda rasa sesuai sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh tepung, baking powder, kelapa parut, gaul rata dan tuang air, bancuh hingga semua sebati. Tambah garam secukup rasa, kasi rasa lemak2 saja. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Kemudian cedok 1/3 cawan bancuhan lempeng dan tuang dalam pan, ratakan dengan senduk. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat. Terbalikkan dan masak hingga perang keemasan.
  3. Buat kaedah sama untuk baki adunan tadi. Kalau anda nak cepat, tutup permukaan pan dengan tudung periuk (nak senang guna non-stick pan bertutup kaca). Hidangkan dengan sambal tumis, kari atau sos yang anda gemari.

11 comments:

Dennis said...

Alahai.... cantik betul gambar tu. Apapun, aku memang pencinta lempeng yang tegar hihi

kkida @ 1001resepi said...

lempeng mat lagi menggoda...hehe...

PaPa Blogger said...

cm tau ke siput kima tu??? kat semenanjung ni ade jual ke??? hehehe

mommynana said...

Love lempeng!

Kak Rose said...

terasa2 lak lempeng dengan kelapa fresh... baru parut tuh!

Novelgurl said...

Assalamualaikum En.Mat.Salam Ziarah.Sedap tu makan hujan2 macm nie.

Hanim said...

Sy pon buat lempeng kelapa tuk berbuka puasa arini tp xsempat amik gmbr dah kena ngap ngan anak2, cicah ngan kuah kari...yum3.

nea lopah said...

salam CMG, feveret saya ni. ermmm...nk jemput CMG ke rumah maya saya, itupun kalau ada kelapangan. Ada sumthing utk CMG.

http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/2013/02/100-citarasa-blogger.html

Hanim said...

Sy pon buat lempeng kelapa tuk berbuka puasa arini tp xsempat amik gmbr dah kena ngap ngan anak2, cicah ngan kuah kari...yum3.

rafeah ahmad said...

memang sedap dan santai dah cuba

Kesuma Angsana said...

nak juga , sebab feveret KA Ni