BEN ASHAARI

Sunday, February 10, 2013

KARI IKAN MAYONG

rsz_kari_ikan_mayong
Assalammualaikum, hari ni cm letak entri yang sempoi2 jelah. Dan yang ni pun bukan masak ni hari, tapi semalam punya...boleh lah kan dari takde apa2. Lagi pun musim2 cuti macam ni, orang sibuk makan luar, jarang yang nak masak kat rumah. Ok, takpe, yang makan luar atau pi open house CNY, biar lah mereka. Yang mana dok rumah dan suami nak makan air tangan isteri, boleh lah cuba2 masak resipi cm yang dah terlampau banyak kali ku masukkan ke DTS. Kadang2 nak bagi tips pun dah banyak kali, orang pun jemu, sebab setiap kali entri, ayat intro kurang lebih je. Bukan apa, walaupun cm re-wind banyak kali tips, tetap ada yang tanya soalan2 sama. Senang cerita macam ni lah. Apa2 masakan sekali bahan2 mentah banyak mainkan peranan selain cara anda memasak. Tu je lah yang boleh cm bagi tau...sekian wassalam...resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping isi ikan mayong (cm kerat 2 setiap satu)
2 biji terung biru, belah 2 dan kerat 2 setiap 1
1 biji tomato saiz besar, belah 6
1 keping asam gelugor
2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 cawan santan
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Perap ikan mayong dengan jus limau nipis, 15 minit, cuci kembali dan toskan. Terung dibelah 2 dan kerat 2 setiap biji, rendam. Tomato dibelah 6. Satukan rempah kari dan bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan), masukkan asam gelugor, kiub ikan bilis dan kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan masak sekejap. Tambah terung (toskan) dan tuang santan. Kacau dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  4. Masak dengan api sederhana hingga terung lembut, masukkan tomato, masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

3 comments:

kissz said...

Pnh dgo ikan nih... ishhhh ajee nye untung klo duk dkt ng cm.. boleh sua mgkuk tgkat je hihihiiii

Rozuan Ismail said...

wah, special sempena chinese new year.huhu

amalia fauza bohari said...

Sudah cuba betul2 ikut resepi. Alhamdulillah... memang lazat!!