BEN ASHAARI

Tuesday, February 12, 2013

GULAI PISANG MUDA DI HARI HUJAN RENYAI-RENYAI

rsz_gulai_pisang_muda (1)
Assalammualaikum, sejuk cuaca di kampung cm, dah 2-3 hari cuaca mendung dan hujan renyai2. Bila malam tak yah kata lah, lagi sejuk. Hari ni atas cadangan bonda, cm masak gulai pisang muda dengan tulang ikan masin kurau. Kalau ada cendawan tekukur atau kulat sisir, lagi sedap dicampurkan sekali ke dalam gulai pisang. Cm guna pisang kapas yang muda. Ada orang suka pisang tadi ditumbuk sedikit, kalau anda nak gula pisang kari pun boleh. Bagi yang tak gemar tulang ikan masin kurau, boleh saja kalau nak ganti dengan ikan bilis, ikan bilis tamban atau ikan kembong rebos. Gulai macam ini, kalau dibiarkan sehari lagi sedap, rasa lebih enak dan berperisa. Cm dulu dah letak entri masakkan ini, tapi sebab cm masak lagi, maka ku letak lagi. Dah hari2 masak, tentulah resipi yang sama tetap ada...Terima kasih sebab tak jemu2 singgah ke blog yang tak seberapa ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang kapas muda
6 ketul tulang ikan masin kurau
3 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
9 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
25 biji cili padi kampung
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang muda dikupas sedikit kulit luarnya, kemudian hiris dan rendam. Buat hingga siap. Tulang ikan masin direndam, sekurang2nya 30 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Masukkan pisang (toskan) ke dalam periuk bersama serai dan bahan kisar halus. Kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan kacau sekali sekala. Masukkan tulang ikan masin kurau (toskan) dan asam gelugor.
  3. Masak hingga pisang empuk. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng..


2 comments:

memmetlenggeng said...

ok nampak sedap....menggiurkan

http://memetlenggeng.blogspot.com/2013/02/psy-dan-litar-sepang.html

cikja said...

Baru jer member ofis bg 2 sisir psng muda:-)elok jer tgok cmg pun msak pisangmuda:-)nk lg sedap kulit pisang td tu masuknsekali dlm gulai..ni cara org utara..huhu..lg sedapp..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.