ANGEL HAIR GORENG TOMYAM...

rsz_angel_hair_goreng_tomyam
Yang ringkas lagi, cuma pasta angel hair goreng tomyam. Pernah buat dulu, tapi semalam ternampak geng masak, Kak Rose buat, di sini...Terus cm teruja juga nak buat lagi sekali. Tapi seperti biasalah, setiap kali buat, selalunya takkan sama macam buat dulu. Sebenarnya pasta angel hair cm kehabisan, cuma tinggal jenis yang ala2 mi siput, tapi jenis angel hair juga. Tu pasal anda nampak pasta tu pendek2. Cm masukkan traffic light capsicum, udang, tomato ceri dan jejar ketam. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili padi lebih sikit. Untuk mendapat lebih aroma tomyam, jangan lupa letak hirisan halus daun limau purut. Dan jika anda suka rasa masam, boleh perah jus limau kasturi semasa menghidang. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram pasta angle hair, rebus hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun
10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan
2 batang jejari ketam, dipotong kiub
1/4 traffic light capsicum, dipotong kiub
1 helai daun limau purut, buang urat dan hiris halus
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai, cincang halus
5 biji tomato ceri, belah 2 setiap 1
1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
1 camca besar sos cili
Sedikit sos ikan, jika perlu
Hirisan daun kucai, untuk hiasan
Limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali (cm guna non-stick pan), tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga harum. Masukkan sos cili dan pes tomyam, kacau rata. Tambah udang dan jejari ketam, masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan traffic light capsicum, kacau rata. Tambah ceri tomato, masak sekejap dan masuk pasta angle hair tadi, gaul rata. Rasa dan jika perlu masukkan sos ikan. Akhir sekali masuk hirisan daun limau purut, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api. Hidangkan panas..

Post a Comment

2 Comments

  1. waaahhhh.. selera je tgk gambar ni.. hhehe


    Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete
  2. mat, tergude jugak dengan resepi sendiri ya....simple n sedap!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.