BEN ASHAARI

Monday, January 14, 2013

SUP IKAN KETARAP @ PARROT FISH

rsz_sup_ikan_ketarap
Assalammualaikum, salam Isnin. Dah makan?... Apa menu anda hari ni?. Mat masak yang ringkas2 saja...erhh tak berapa nak ringkas sangat lah, tapi jenis masakan yang takde susah mana. Memasak ini kalau dah biasa dan kelengkapan serta bahan2 cukup, insha Allah ia jadi mudah dan senang. Katalah anda nak masak satu2 resipi, selain baca resipi dengan teliti, pastikan bahan2 cukup lengkap. Mat masak sup ikan ketarap atau parrot fish, kalau dulu mat dah masak asam pedas, kali ni nak test masak sup pulak. Ikan jenis bersisik dan rasa mat ini ikan spesisi terumbu karang, memandangkan rupa gigi dia yang agak ekstrem. Sedap ke ikan tu dibuat sup?... Opkoss sedapp, serius ni tak cakap bohong, daging ikan putih dan mat guna bahagian kepala dan 2 keping bahagian isinya. Mat campur dengan lobak merah, saleri dan putik jagung, lebihkan sedikit lada hitam jika ingin sup yang hangat...resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bahagian kepala ikan ketarap bersaiz besar, dibelah 2, cuci bersih dan toskan
2 keping isi ikan ketarap, cuci bersih dan toskan
1 batang lobak merah saiz kecil, hiris
1 batang saleri, hiris serong
4 biji putik jagung, hiris serong
1 sup bunjut Adabi (mat guna je sup bunjut untuk sup tulang)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam (boleh kurangkan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 5 cawan). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan sup bunjut, kiub ikan bilis (jika guna), lobak merah, saleri dan juga sedikit bawang goreng. Kacau dan masak hingga lobak merah empuk sedikit. Tambah kepala dan isi ikan, kacau perlahan dan jika kurang kuah boleh tambah sedikit lagi air. Biar mendidih.
  3. Masukkan putik jagung, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi, biasanya isi ikan ketarap cepat masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.....


6 comments:

Rozita said...

x pernah dengar ikan ketarap... masak apa lagi sedap selain sup cik mat?

Mat Gebu said...

@ rozita - asam pedas, sedap...Kari pun ok gak....ada orang kata kalau dikukus pun sedap....

Amie said...

Sedapnya ikan ni... kami panggil ikan bayan @ kakak tua. Kalau yang saiz besar kami panggil ikan dongol. Orang Cocos suka buat masak brengkes atau sambal bubuh santan,ketumbar dan perahan air limau nipis.

Miamore said...

Sure ke Nama dia parrot fish? kalau kat kedai ikan hiasan parrot fish ni kaler pink dan agak bijak cute pulak tu... Tak sanggup nk makan

rubyhanie said...

mat, kt labuan kami panggil ikan tadungan...sedap dibakar...

eyun said...

Sekadar berkongsi....ketarap dan bayan adlah ikan yg berbeza....dr segi rasa juga berbeza...ketarap adlah ikan gred A yg mne isinye sgt sdap berbeza ngan bayan...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.