SAMBAL GORENG JAWA MAKAN DENGAN.........

rsz_sambal_goreng
Assalammualaikum, petang semua. Lambat mat masukkan entri hari ni. Pagi tadi masa menghambat sangat rasanya, walaupun awal pagi dah bangun, tapi bila settle kerja termasuk ambik gambar, jam dah nak dekat tengah hari dan perlu uruskan hal2 lain pulak. Lepas Jumaat kena pulak beli barang dapur, sebenarnya bukan beli banyak, cuma topup serba sikit, kot2 lah kan hujung minggu nanti ada tetamu, takdelah terkocoh2 nak memasak. Ok entri hari ni mat masukkan satu menu yang menjadi kebiasaan dalam hidangan masyarakat orang melayu kita terutama mereka yang berketurunan jawa, macam che mat lah...aku kan rojak, campur pranakan cina ada, melayu ada, dan jawa opkoss laaah sebab bapak pada Bak memang jawa. Tapi che mat sepatah haram tatau cakap jawa...huhu, rasa rugi pulak....

rsz_sambal_goreng1
Memandangkan mat malas nak masak nasi ni hari, jadi lepas subuh tadi ku rebus ketupat segera NONA,  dan atas arahan bonda, mat buat sup ayam. Tapi tekak tak berapa nak sangat makan ketupat dengan sup ayam, tu pasal mat buat sambal goreng jawa. Ada pulak serunding ayam (beli punya....), orait sangat lah kan, kalau ada kuah kacang dengan ayam masak sambal, dah jadi lontong kering. Takpe yang ini pun sudah cukup sangat. Mat buat seringkas yang boleh untuk sambal goreng jawa. Ada macam2 versi, tapi mat punya ni rasa2nya versi jawa tak berapa tulen punya, sebab dah kena oter serba sedikit. Takpe, jangan rasa bersalah sebab kita yang nak makan, apa guna kalau ikut 100% resipi kalau rasa tak menepati selera anda....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 keping tauhu, dipotong kiub dan goreng, toskan
2 keping tempe berbungkus daun, dipotong kiub dan goreng, toskan
30 gram fucuk @ tauhu kering, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 genggam isi udang
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1/3 camca teh pes asam jawa
1 camca besar cili kisar
1 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum. Masukkan cili kisar dan sos tiram, tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masuk pes asam jawa dan isi udang, masak hingga isi udang berubah warna.
  2. Tambah fucuk (toskan), tauhu, tempe, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata. Masukkan kacang panjang dan soo hoon (toskan). Kacau hingga rata.
  3. Masuk kicap manis dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga kacang lembut. Rasa dan jika ok boleh dimatikan api. Hidangkan bersama ketupat atau nasi putih.

Post a Comment

6 Comments

  1. Mekasih lah byk2 CMG sbb kongsi resepi sambal jawa nie, D5 suker sgt ngan sambal jawa nie :D..

    ReplyDelete
  2. sambal goreng ni memang nampak sedap, harap2 nanti bila aye buat boleh sesedap nie yerk...

    ReplyDelete
  3. tuk...tuk..tuk...assalamualaikum sik mat...nak tumpang raya boleh.. tapi saya taknak makan sambal jawa..saya nak duit je boleh cik? heeeee....

    ReplyDelete
  4. Suka sangat ,dulu arwah mak kalau buat lontong sambal jawa pun kena buat juga

    ReplyDelete
  5. Teringat kat bakal mak mentua saya jawa sepang,memg masakan jawanya tiptop!

    ReplyDelete
  6. Teringat kat bakal mak mentua saya jawa sepang,memg masakan jawanya tiptop!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.