BEN ASHAARI

Tuesday, January 15, 2013

MAGGI DERHAKA TERLAMPAU SANGAT..

rsz_megi_derhaka
Salam...entri malam ini cuma mi maggi jee.... Huk alaaa maggi je ke..ha ah, tapi ni maggi derhaka terlampau, meriah habis, tapikan yang untungnya sepeket maggi boleh makan 2 orang...yang tu kalau tak berapa lapar sangat lah, kalau lapar ala2 naga, diam2 makan kasi habis sudah lah...bismilillah dan doa makan dengan lupa. Mi segera pun kalau kena caranya boleh dipelbagaikan. Tapi ada orang kata mi segera ni tak berapa elok terutama mi itu sendiri. Apa2 benda pun kalau terlalu kerap kita makan, tak elok juga, betul tak?. Bila masak macam ni, boleh ikut kreativiti kita, ada sayur2an boleh masukkan, nak letak ayam, daging, ikan, udang, sotong semua ok, macam mat letak daging dalam 4-5 keping macam tu. Kalau nak letak ikan bilis macam iklan kat TV tu pun boleh, cuma kalau ikan bilis anda saiz besar, jangan lupa bersihkan dulu kotoran kat perut ikan bilis, bukan apa segan nak makan...Resipi cincai seperti berikut...alaaa setakat mi segera saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi sebarang perisa (mat guna asam laksa), asingkan perencahnya
Sedikit hirisan daging batang pinang (5-6 keping)
1 batang putik jagung, hiris serong
1 biji tomato saiz kecil potong 4
2 kuntum cendawan shitake, cuci dan hiris
1 kelopak kobis daun saiz kecil, hiris
1 camca teh sambal tumis
1/2 camca teh sos tiram
3 cawan air (atau secukupnya)
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan
Telur rebus, dibelah 2, untuk hiasan
Limau kasturi @ limau nipis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis, sos tiram dan masak sekejap. Tambah hirisan daging, gaul rata dan tuang air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan perencah mi maggi, kacau rata dan tambah hirisan putik jagung, cendawan dan kobis daun. Biar mendidih dan masukkan mi maggi. Kacau rata, biar mi lembut. Tambah belahan tomato dan matikan api. 
  3. Tabur hirisan daun bawang, letak telur rebus dan juga limau kasturi, jika suka boleh tabur bawang goreng. Hidangkan panas..

15 comments:

marr said...

akhirnya maggi jugak yang menjadi pilihan hatiku,, i likee

imNOTmasterchef said...

derhaka yg tak berdosa tak pe che mat. hihi. nampak sedap!

Qarr Jalil said...

bila buat macamni..

terserlah la kreativiti memasak..

this is the art of cooking..

HOIH..nampak sedap benoo walaupun megi

faa.rosli said...

ni maggi mewah namanya...

faa.rosli said...

ni maggi mewah namanya...

diana said...

amboi..meriah nya suasana dalam pinggan tu..terliur sudah..

Cinta hazanis said...

malam-malam tengok maggi lapar la pulop.=.='

wanda meowmeow said...

tgh mlm (dah pagi pun)...ni yg sedap..

oyye_gibbous91 said...

bukan penggemar maggi..
tapi mudah dan segera...
apapun terima kasih kat maggi...

~TamanRaudhah~ said...

terbaekkk la che mat...
msk mcm ni la sempoi...heheheheh
sy selalu je msk megi...
xguna sgt perencah nye...
perencah buat sendiri...

apa2 pun...megi tetap megi wp kita guna cintan ke, mamee ke, mee sedap ke...
peace...

plain83 said...

kalo letak seaweed ngan sikit chilli sauce lam megi kari... perghhh sodappp XD

Awek Sakti yang Chumel..... said...

wow meggi... yang mewah rasanya...... nyummeh......

nuriarif said...

selalunya kalau saya masak meggi mmg kena derhaka, hehe, sbb kalau masak gitu je tak berapa nak sedap. kena tumis2 dulu dan masuk segala macam benda baru la syok. apa kata che mat masak letak kupang pulak. sedap tau. tp kalau alahan, jgn cuba ya, kang naya tergaru2;-)

Cik Dania said...

minta jasa baik abg mat gebu untuk vote contest my baby;)

mama_yayang said...

name resepi nye tak menahan..hehehe..salam kenal..http://www.mamayayang.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.