BEN ASHAARI

Tuesday, January 8, 2013

IKAN BAWAL MASAM MANIS

rsz_ikan_masam_manis
Kalau ikan bawal, selain masak kicap (ni dalam kategori masak yang cepat), masak 3 rasa, masak sweet sour atau masam manis antara yang sering menjadi pilihan. Isi ikan bawal agak tawar tapi untungnya ikan bawal banyak isi dan kotoran pada perutnya sikit, nak meyiang agak mudah. Mat suka ikan bawal bersaiz sederhana, kurang lebih sebesar tapak tangan. Kalau yang besar2 ok juga tapi tak berapa nak comey bila letak kat pinggan. Selain ikan bawal, ikan sebelah atau ikan sisa nabi juga enak dimasak sweet sour. Cara mat masak amat2 mudah, dan cepat. Ada 2 cara, pertama anda boleh masukkan ikan yang telah siap digoreng ke dalam sosnya dan satu lagi anda curah sosnya kemudian. Untuk hiasan terpulang pada kreativiti masing2....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap. Masuk  sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah. Hidangkan segera...

6 comments:

Nina Mirza said...

Sedapnya ikan bawal masak sweet sour.
Fav nina sekeluarga tuu..~~
Nina suka curah sosnya kemudian. Time nak makan baru curah. Terasa kesedapan dan keranggupan ikannya!
Walla..~~~
(nak pi cari lah nanti...)

ara si tembam said...

Sedap nyer! bile nak mncube ni..:)
(aratomey.blogspot.com)

Joana said...

terrima kasih che mat, first time komen kat sini tapi dah banyak kali jugak blog che mat jadi rujukan kalau i kena masak. terima kasih banyak2

farhana said...

Sy dh cuba td...sedap sgt..cra memasaknya pun simple....like...like

syafinaz nur said...

Yummehh !! Double thumbs up ! Mesti cuba ni

syafinaz nur said...

Yummehh !! Double thumbs up ! Mesti cuba ni