BEN ASHAARI

Tuesday, January 8, 2013

ASAM TUMIS PEDAS SULUR KELADI..

rsz_asam_tumis_sulur_keladi
Assalammualaikum, diam tak diam dah Selasa, masa pantas, yang budak2 dah makin besar, yang tua pula ada yang telah pergi, kita juga melangkah ke arah itu..hmm, apa2 pun syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah, elok manfaatkan usia yang ada sebaik mungkin. Hari ni mat kongsi menu yang begitu meninggalkan kenangan terutama bagi mereka2 yang dok diam di kampung. Sulur keladi antara makanan yang mudah didapati dikampung2, cuma ada masa ia agak gatal, mungkin faktor keadaan pokok keladi atau jenis2nya. Kali ni mat masak asam tumis dengan tulang ikan masin kurau yang telah direndam terlebih dahulu. Mat tumis sikit, kalau anda nak rebus macam tu saja pun boleh. Ok resipi sangat senang...seperti di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Sulur keladi secukupnya (yang ni agak2 lah, mungkin dalam 1 cekak sulur keladi)
4 -5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih berdaging, cuci dan rendam
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sulur keladi dibuat kulit luarnya, kemudian kerat dan ketepikan, buat hingga siap, cuci dan toskan. Celur dalam air mendidih yang diletak asam gelugor. Celur hingga lembut tapi jangan sampai lembik. Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum. masukkan air secukupnya (anggaran 4 cawan). Kacau rata dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan ikan tulang ikan masin kurau (toskan). Masak sekejap.
  3. Masukkan sulur keladi dan daun kunyit, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain..


7 comments:

Mawar Putih said...

Sedapnyer... 1 of my favourite nie. Boleh cuba resepi Mat Gebu nie.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dah lama tak pekena sulur keladi, rindu zaman kecik2 dulu selalu mak masak sayur ni..

Emma Marinie said...

Wow,, persembahan yang sungguh klasik..mesti cuba ni

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kecur dibuatnya mat! hepi birthday utk mat gebu...

Su said...

salam..tumpang lalu..terus rasa lapar tgk sayur keladi ni..one of my faveret jugak nih..masakan kampung ;)

P.A. said...

mat.....sedap nie time2 cik P.A. lak skrg kena selsema...adussss memang tergoda tgk asam pedas nie

Delima Zamrud said...

isk isk isk kecur air liur lapo terus huhuhuhu mmg terbaek lah :D..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.