SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU...

rsz_sambal_tempoyak
Sambal daun kayu yang tak berapa nak daun kayu sangat. Pertama sebab daun hanya guna pucuk ubi dan daun kunyit sahaja, ada petai. Kedua, tempoyak habis stok, maka rupa dia pun tak berpapa nak 'hardcore' sangat, huhu. Tak puas hati sebenarnya, bonda pun komen yang sama dia kata macam tak berapa menarik, nak buat macam mana. Takpe lah, lain kali kalau buat, kena kasi betul2 cukup dia punya bahan2. Serius mat tak puas hati sangat, macam malas nak letak kat entri, kalau orang2 lama nampak sah dia pun kata, apo bonda ni? Satu lagi, hirisan pun agak kurang halus, tapi bonda yang hiris, terima kasih je lah, kang bising dengan aku2 dia hiris...hahaha, naya kang. Sebenarnya ini entri tertangguh, mat hampir lupa, masa chek2 draft ternampak yang ni belum publish kat DTS...jadi malam ni kita kasi masuk. Resipi lebih kurang berikut (mat copypaste dari resipi dulu, tapi resipi dulu guna beberapa jenis daun..)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai (3 papan petai)
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat...

Post a Comment

7 Comments

  1. oh Ce Mat.. kok akak yg masak guno dua jenis daun ni je memang sah kena jelingan tajam mak mertuo


    skarang musim durian so boleh buat tempoyak banyak2 untuk stok masak sambal daun kayu ni

    ReplyDelete
  2. saya suka makan jugak masakan camni. cuma saya suka berkuah sikit, kalau kering sangat tak menepati selera saya..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam ,,, tak sama dgm omak sey punya SAMBAL TOMPOYAK MASAK ,, kami org org Ghombau City memanggil nya SAMBAL TOMPOYAK MASAK ,,, nanti den tunjuk kan org org GHOMBAU CITY punyo resepi n rasa nya ,,,, apo pun tahniah , lain tompek lain caro nyo ,,,

    ReplyDelete
  4. askm... cik mat... x cantik la sambal daun kayu ni... kalau uwan saya tgk ni, mampuih kono leter. hehehe... terbayang2 sambal daun kayu mak saya buek. adoyai... x sabar nak balik kg. nnt cik mat lotak gambar sambal daun kayu yg lagi mengancam dan meleleh air liur yer... :)

    ReplyDelete
  5. suka sangat sambal2 yang macam ni :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnye lahaiii.,peberet nih!
    time tgh peknen thun lepas.,mak sanggup buatkn bende alah ni.,pi msuk semak cari daun ubi.,mmg mabeless laa!
    pasni bleh buat sendiri.,che mat dah bagi resepi.,hihihi

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.