BEN ASHAARI

Tuesday, December 4, 2012

PARPU TELUR REBUS..

rsz_parpu_telur
Bila cuti sekolah musim orang buat majlis kerja kawin dan dengan rasminya dapat banyak telur, walaupun zaman sekarang, trend guna telur makin pupus dan diganti dengan goodie bag yang isinya ada berbagai2 jenis cemilan, tapi di Johor, masih ada yang disertai dengan telur, samada telur biasa, telur pindang (kaler gelap) atau telur asin  (bunga telur). Tapi yang mat guna ni bukan telue pengantin, yang ni mat rebus sendiri dalam 4 biji. Sebelum tu, resipi parpu telur ni mat ambik dari blog MamaFami di sini. Pernah juga buat sekali dulu, cuma tak ingat bila ntah. Tak kesah lah kan, yang ni mat buat baru macam resipi mama, guna telur rebus. Kalau ikut resipi asal guna telur yang dipecahkan dalam kuah parpu. Sedap dimakan bersama nasi, kalau nak cicah capati atau tosei pun rasanya sesuai juga. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHAN 'A':-)
2 - 3 biji telur (mat rebus dan belah 2 setiap 1)
1/4 cawan kacang dhall, rendam 2 - 3 jam (mat rendam 1 jam saja)
3 biji kentang, kupas dadu dan rendam (mat guna 2 biji saiz sederhana)
1/4 cawan santan
1 cm halia*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*tumbuh lumat)
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN 'B' :-)
1/2 biji bawang besar, hiris (mat guna sebiji saiz sederhana)
1 tangkai daun kari, dilurut
2 tangkai cili kering, potong pendek
1/4 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan manis
Sedikit minyak masak (mat guna minyak sapi dalam 1 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang dhal tadi hingga empuk. Masukkan kentang (toskan) dan sambung rebus hingga kentang empuk. Tambah bahan tumbuk lumat, serbuk kunyit dan santan. Kacau dan masukkan garam secukup rasa. Tambah telur rebus, kacau perlahan2. Biar sebentar (matikan api)
  2. Panaskan minyak atau minyak sapi dalam kuali, tumis bahan2 'B' hingga harum dan kelihatan layu, kemudian tuang semuanya ke dalam no. 1. Kacau perlahan dan boleh hidangkan....I likeee!!!.

8 comments:

Yuyu Zulaikha said...

sedap nyaaaaaaaaa!!

Mat Gebu said...

@ yuyu - erkkk....ingatkan yuyu tak reti mamamm benda2 macam ni..

Kjee said...

like like like che mat. nanti nak buat sebab kjee memang dah beli tepung capati. thnx

freemalaysiakini said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

asmah yusof said...

bestnya bang mat...suka sgt lauk nie..dpt pulak cicah capati...thanks bang mat :))

Mummy Akmar said...

takpernah dengar parpu telur. thanks share..

kacang parpu buat dhal kari jek..hihi

akuanakpahang said...

Salam CMG, kena denga roti canai menjadi nie :)http://akuanakpahang.blogspot.com/

krole said...

wuahhh thanks mat..tau dah nak mam apa tengari ni..hihihi~