BEN ASHAARI

Wednesday, December 12, 2012

LEMAK MESRA PUCUK MANIS UNTUK 12.12.12

rsz_lemak_pucuk_manis1
Salam Rabu, anda dah masak?, dah makan?...Harap2 anda semua sihat lah kan...Hari ni kita bermesra-mesraan pulak, berani?..Alaa mesti berani punya, cuma mesra dalam masakan, bukan apa pun. Seprti yang anda nampak, mat masak lemak pucuk manis campur keledek, campur cendawan, kira mereka bermesra-mesraan dalam satu mangkuk. Sejak2 ni Bak agak kurang sehat, jadi tekak rasa tak berapa nak selera. Satu masalah Bak, dia tak gemar makanan yang masam atau pedas. Jadi kena masak yang tidak pedas seperti di atas. Masakan macam ni seperti yang anda sedia maklum, amat2 praktikal, hanya tumbuk sambal belacan, goreng ikan masin atau ikan basah dan hidangkan bersama nasi panas, cukup dah, tak perlu yang lain2. Dalam resipi mat guna cendawan...errrr, tak ingat plak nama dia. tapi anda boleh guna cendawan tiram, takde masalah tetap sedapp....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk manis, asingkan dari batangnya
2 biji keledek manis, saiz sederhana, kupas dan didadu besar
Cendawan secukupnya (boleh guna cendawan tiram)
1200 ml santan cair
300 ml pati santan
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pucuk manis dicuci dan toskan. Masukkan bawang besar, bawang putih, keledek, udang kering tumbuk dan santan cair ke dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga keledek 1/2 empuk.
  2. Masukkan daun pucuk manis dan masak hingga daun lembut dan keledek empuk. Tambah cendawa dan santan pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Masak sekejap dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..


8 comments:

MamaFaMi said...

Fuyooo Mat... gambar ko kellaasss ar... rasa macam makan Lemak Pucuk Manis Mesra alam ni masa candle light dinner lak... ahaks...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tu tak cukup mesra, kalau Kak sari makan sekali baru mesranya sungguhhhh, haha

Kjee said...

betullah MF. Kelazzz betul gambar.

Amie said...

Pucuk manis dengan keledek memang mesra dalam kuah lemak... aduhai kalaulah ada cendawan payung di musim hujan!

faa.rosli said...

fevret abah faa ni..memang sedap..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

gandingan mantap! suka sgt sayur lemak yg dicampur dgn keledek.. ada sambal belacan, ikan goreng dah tak ingat mertua yg baru nak basuh tangan.. hehehe....

KuNanGKuNanG said...

semalam kt pasar ternampak org jual pucuk manis ni..lama dah xmakan..dulu kt kg, mak ngan abah tanam sendiri pokok ni.sy la tukang petiknye kalau mak nk masak. tumis dengan udang kering pun sedap..:)

JunAina said...

Gambo tu buat Lemak Pucuk Manis tu kelassss...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.