BEN ASHAARI

Tuesday, December 25, 2012

GULAI REBUNG DENGAN BABAT..

rsz_gulai_rebung
Assalammualaikum, anda sehat?.Sekarang ni dah musim hujan dan ada juga negeri2 yang dilanda banjir, apa2 pun paling penting anak2 jangan dibiar main banjir, kalau boleh biar kita bekeras demi keselamatan mereka. Jadi berwaspada ok. Hari ni mat share dengan anda resipi gulai rebung dengan babat. Ini antara menu yang mat hidangkan untuk tetamu semalam, yang tu nanti kita cerita dalam entri lain. Rebung ini sebenarnya sudah berjeruk tapi bukan sampai tahap bau kurang enak, cuma dijeruk kurang lebih 2 minggu macam tu. Rasa dia masih sedap. Dan seperti biasa mat masak dengan babat atau perut tuala. Kalau tak makan babat, anda boleh guna daging, udan atau pun tulang ikan masin kurau. Mat guna 100% cili padi kampung jenis hjjau untuk resipi ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg rebung yang telah siap dihiris, celur sekejap dan toskan
700 gram babat (perut tuala) yang telah siap dibersihkan
4 batang serai, dititik
1 liter santan cair
500 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung hijau (atau ikut pedas)
1 inci kunyit hidup
1inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Babat dipotong pada saiz kecil, rebus sekejap dalam 20 minit dan toskan. Masuk rebung dalam periuk (kalau guna rebung jeruk tak perlu celur, kasi cuci bawah air paip, toskan). Tambah babat. serai tititk dan bahan kisar halis. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  2. Tuang santa cair, kacau dan masak hingga mendidih, kalau kurang kuah boleh tambah sedikit air. Masuk asam gelugor dan masak hingga babat lembut. Tambah pati santan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
  3. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, sambil dikacau selalu. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matika api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Gulai akan lebih sedap setelah 2 - 3 jam..

5 comments:

Shiela said...

waaa.. sodap eay lak aiii.. terliur den.. :b

Rohah said...

sedap sangat babat ni che Mat, takleh nak kata..menu babat ni kiranya dah jadi top ten keluarga belah MIL saya..tapi biasanya dibuat kuah lodeh makan ngan ketupat..dibuat apa saja memang laku jew..tetiba teringin makan la pulak..

Suejoshua said...

Aku membedal rebongnya sampai tak hengat dunia matttttt

faa.rosli said...

uishh..lama tak makan lauk camni..

Kaknab said...

terima kasih Mat, hari ni baru kaknab tau babat tu perut tuala, hehehe mula2 tak tengok kat bawah dok pikiaq apa lah babat ni, orang selatan panggil itu ye, nanti nak tanya suami dia tau tak.