BEN ASHAARI

Saturday, December 22, 2012

ASAM PEDAS AYAM PULAK!!....

rsz_asam_pedas_ayam
Dah macam musim asam pedas pulak. Tu hari asam pedas ikan kembong, ni hari asam pedas ayam pulak. Tatau lah, tekak ni nak makan yang macam tu, satu menu yang masam, beraroma, sedikit pedas dab berangin serta tak berapa berat sangat. Kali ni mat letak kentang. Ingat nak letak daun limau purut, tapi dah ada daun kesom, jadi tak perlu. Cuma mat tambah sekuntum bunga kantan. Mat guna ayam pencen dalam 1/2 ekor. Kalau guna ayam kampung lagi bess. Kali ni masak tak banyak, sebab ada yang tak nak. Jadi mat gebu dan mereka2 yang nak saja akan membelasahnya. Sebab ini ayam pencen, mat masak guna periuk tekanan atau pressure cooker bagi menjimatkan masa. Kalau anda nak cepat boleh guna ayam daging, tak salah cuma ayam daging tu cepat lembut, kalau ayam pencen isinya seakan2 ayam kampung. Ok, dah cukup lah bebel, moh lihat resipi pulak...terima kasih yea sebab tak jemu singgah sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka (mat potong 8 bahagian), cuci dan toskan
3 biji kentang saiz sederhana, belah 4 setiap satu, rendam
1 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
2 senduk nasi cili kisar
1/2 kiub ayam (optional)
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan serai titik hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, biar hingga ayam kecut.
  2. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Kemudian sederhanakan api dan masak hingga ayam lembut. Masukkan kentang dan daun kesom, biar hingga kentang empuk dan ayam empuk, tambah pes asam jawa, kiub ayam (jika guna) dan kacau rata2.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

5 comments:

Nur-nba said...

Sedapnya asam pedas Cik Mat.. Terliur kami dibuatnya..

Dr. Fuh!! said...

maaf..hari tu sy ingat dah masukkan dalam bloglist..kali ni dah masuk dah..hehehe harap dapat exchange bloglist dari old timer PCMG :)

Aku Penghibur said...

my fav nie dh lme x mkn :(

emi said...

Certainly dah cuba td masa mak mertua bertandang. Mak mertua mmg jaguh masak2 ni. Fuhhhh mak mertua kata sedap sgt. Siap minta resepi...kuikuikui tp ngaku ckp ambik resepi drbl blog ni.

mama Diaorang said...

Dah try dah... Yummy

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.