BEN ASHAARI

Wednesday, November 14, 2012

SINGGANG SOTONG YANG RINGAN DAN.........

rsz_singgang_sotong
.....GATAL. Tuu dia, sambungan dari tajuk tergantung kat atas tu (errr...gatal tu kalau che mat yang makan lah). Tapi bagi yang tak alergi no worry ok, boleh saja makan. Ini masakan paling senang. Bak suka masak macam ni, cuma asam takmo. Jadi kalau anda nak letak asam gelugor, boleh saja, atau nak tambah sedikit serbuk kunyit juga boleh. Mat guna sotong comet atau sotong kecik. Tak perlu dikerat, cuma perlu dibersihkan, buang isi dalam bahagian sotong dan juga dakwatnya. Cuci bersih dan boleh digunakan. Ada kacang buncis, mat masukkan sekali. Kalau tak nak makan dengan nasi, anda boleh hirup2 macam tu saja....faham semua?...Kalau dah faham, meh tengok resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong comet atau sotong jenis kecil, dibersihkan
10 - 12 tangaki kacang buncis, potong pendek
1 helai daun kunyit, disiat
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan kiub ikan bilis (jika guna), kacau dan masak hingga mendidih. Tambah sotong dan daun kunyit. Masak sekejap.
  2. Masukkan kacang buncis. belahan cili merah dan hijau. Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

4 comments:

Cik Nor said...

biasa saya menyinggang ikan je, nak wat sotong jugak lah nanti

Rozuan Ismail said...

mak selalu buat singgang sotong.biasa simple je.guna serail

محمد رازيق said...

wah. selalu sy dngr singgang daging pcm.. nant ley try yg ni

etuza said...

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

link ke blog Pesona Etuza Tq