BEN ASHAARI

Friday, October 12, 2012

SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM

rsz_dsc_1502
Salam semua, entri petang  ini mat letak resipi mudah dan kerap mat buat. Dulu2kan mat tak berapa suka spaghetti olio, sebab nampak ringkas sangat2. Lepas satu ketika, jadi sukalah pulak, sebab selain cepat dimasak, ia rasa asli dan tidak menjemukan. Orang lain mat tak pastilah suka ke tidak. Satu lagi kelebihan spaghetti olio ni, anda boleh pelbagaikan apa yang anda nak letak. Kali ni mat gandingkan dengan ayam dan beberapa benda yang ada dalam stok. Sebenarnya anda boleh masukkan apa saja. Kalau ada makanan laut, boleh letak. Kalau takde apa2 cuma goreng biasa pun sedap. Tapi pada mat, minyak zaitun antara bahan wajib untuk anda memasak spaghetti olio, ini kerana rasa minyak zaitun itu yang memberi identiti pada spaghetti olio tadi. Sesuai dimasak untuk sarapan atau bila2 masa sahaja. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.
  2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikab api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan..

7 comments:

Kjee said...

like like like

ibh_sue said...

Tak pernah mkn lagi..Tgk Cik Mat punya spaghetti olio, teringin pulak..Huhuhu..lapo..Hujan kat luar tu..

Sukma Haron said...

sedapnya,,,nak try ler....ringkas & mudah...

Scarlett O'Hara said...

Sedap nampaknya Mat.Kena try ni.

linda said...

Saya suke spagetti olio! Sangat suka infact! Sbb rasa dia yg asli dan mudah nak masak. Semua pun boleh campak mix & match. Hihih. Sll letak cendawan, tgk CMG letak terung, letssss cubaaa :)

Miss Butterfly said...

boleh tau tak mat pakai olive oil jenis ape? tq :)

Raidah S said...

terus lapar tengok menu ni..

huuu~~

-raidah-
www.blograidah.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.