BEN ASHAARI

Saturday, August 11, 2012

SAMBAL SARDINE GITU-GITU...

rsz_dsc_7054
Dah hujung Ramadhan ni, masak pun ala kadar saja. Hidangan pun yang ringkas. Senang cerita dah malas nak masak bagai, apa yang sempat, tu je kasi masak dan makan. Paling ringkas dan senang.. Sardine, sebab ia satu benda yang boleh dipelbagaikan dan boleh juga dianggap sebagai penyelamat keadaan terutama jika anda kekeringan idea nak masak apa. Contohnya macam semalam, mat masak serba ringkas, ada sayur bayam tumis air, ayam masak kicap dan sambal sardine. Yang rasa bess kat tekak, cuma sambal sardine ni..Yang lain tu ok juga lah...takkan nak kata tak ok, dah mat gebu yang masak. Resipi mat cuma agak2 saja, macam masak sambal tumis biasa cuma mat letak bunga kantan, daun kunyit dan serai....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, dihiris halus
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 senduk nasi penuh cili kisar
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1 biji bawang besar, belah 4 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dari sosnya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap, tambah cili kisar dan terus memasak hingga garing dan terbit minyak. Tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan. Kacau rata.
  2. Masukkan 3 - 4 camca besar sos ikan sardine tadi, kacau dan masukkan ikan sardine, tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Boleh hidangkan..


3 comments:

Ash said...

Betul la che mat! Da ujung2 puasa ni jgn kate takde selera, nak makan pon rase malas. Saya nak tanye, betul ke mata saya nampak jus asam jawa sedangkan resipi tak tulis.

-meeSUPERGIRL- said...

silau mate tgk masakan tuh ! geram nak terkam .. resepi nih mcm sedap . insyaallah cuba .. tq share :)

roza said...

sedappp...dh lame x masak sardine..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.