BEN ASHAARI

Friday, July 6, 2012

UDANG TEMPOYAK...

rsz_dsc_4376
Assalammualaikum, salam Jumaat. Dua hari tak update blog, mana lah pergi agaknya si mat gebu tu. Ada, cuma sibuk sikit, dan rasa mood nak berblog pun agak dingin. Semalam Khamis mat menerima ke datangan Kak Ida 1001 Resipi, blogger masak2 yang punya identiti dan kelasnya tersendiri. Pasal tu nanti kita cerita dalam entri lain. Kali ni mat nak share salah satu menu ringkas yang mat masak semalam untuk sesi makan2. Salah satunya Udang Tempoyak. Buatnya senang, ringkas dan paling utama sedap...erk....sedap ke?. Mat guna udang bersaiz sederhana, selain tempoyak sebagai bahan utama, mat tambah juga 1 camca besar santan pekat. Kalau anda nak pedas boleh tambah cili padi. Untuk resipi ini mat guna cili merah dan cili padi. Resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang bersaiz sederhana
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, satu disiat dan satu lagi dihiris halus
1 keping asam gelugor
1 camca besar pati santan
1 camca besar penuh tempoyak
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
15 - 20 biji cili padi kampung merah
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulitnya, kemudian kelar sedikit bahagian belakang udang untuk mengeluarkan uratnya. Buat hingga siap, cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan tempoyak dan asam gelugor, tumis hungga terbit minyak, gunakan api kecik dan kacau selalu. Masukkan santan dan air, kacau rata hingga pekat.
  3. Tambah udang dan daun kunyit yang disiat. Gaul rata, perasan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan hirisan halus daun kunyit, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

14 comments:

misshannajr said...

mak aiiii!!!menggoda sungguh la..tak tahan bila tgk udang..sodap pastinya :)

FnF Simple Life said...

aduh...feveret seh... udang tempoyak masak style cmni... next time boleh try letak 1 sudu besar santan mcm style che mat pula...

laskar pelangi said...

Alahai tergoda dengan menu ni.Tapi,jenis tak makan durian,memang takleh lew nak try masak menu ni =D

kkida @ 1001resepi said...

hmmm...sedapppp...bertuah kkida dapat rasa masakan dari air tangan mat gebu...mat memang terer masak dan seorang yang sangat teliti...kkida pun tak sanggup nak teliti macam mat...hehe...thanks mat...kkida benar2 happy semalam dapat kenal mat dan keluarga mat...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perghh...sure mkn sampai peluh2 ni

Cheetah said...

terbaik la resepi udang tempoyak ni! terliur je masakan udang ni..

Ummiakid @ lily said...

phewwww...berpeluh dahi tgk udang tempoyak tu...tempoyak ada tu...harus cuba buat lauk buka puasa sedap sehhh....tapi kena g kedai dulu arrr cm...beli ubat alergik...kang mengaruk sampai pagi...heehe...

Muhamad anuar Marsib said...

Mmmm..

Sedapnya udang masak tempoyak ni.. Tiba-tiba rasa lapar pula sekarang ni..

18 Dinar Emas dan 10 Dirham Perak untuk dimenangi

juju said...

balik nie leh buat la sbb bahan2nye semua ade huuhuh.....leleh air liur nehhh

Ummi said...

Waaaaaaaaaaahhh jeleesss aaiiii...udang tempoyak, bestnyeeerrrrr.... Mat, nnt watkan akak bila serbu Sedenak eh, bila eks...tunggu lpas2 blk dari sinun la yeaa...hehe

Quantity Surveyor said...

abg mat.... dh 2 ari yana tertunggu2 entry abg mat.... pelik gaks 2 ari abg mat x berblog... huhu... trase ghinduuu gituh.... hahah... leh ka?... papepun menu kalini mantooppssss.... mesti best.... :)

Hariz said...

Mat Agak-Agak Bila boleh masak untuk PH ?

http://profhariz.com

Scarlett O'Hara said...

mat, ada tak petua hilangkan alergik makan udang?

ZaudinSaad said...

Sajer nak bagi tu...banyak movie boleh download di http://hyperxmovie.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.