BEN ASHAARI

Thursday, July 19, 2012

ROTI PITA TAMPAL TELUR.

rsz_dsc_5387

Salam, macam tak larat je si mat tu...Tapi serius lah, hari ni memang very the malas sangat2, bukan saja tak larat, tapi lemau, bayangkan mat cuma masak bubur nasi dan rebus telur asin. Nasi pulak makan yang semalam punya, yang mat simpan dalam peti sejuk dan dipanaskan dalam ketuhar mikro. Lauk pun yang semalam punya...huhu. Petang tadi, masa kemas peti sejuk nampak ada baki 2 keping roti pita. Roti pita gandum jenis tebal mat beli di Tesco. Teringin juga nak makan roti telur, cuma masalahnya aku boleh ke menelan nanti, maklumlah sakit tekak, nak telan nasi pun seksa...takpe kita buat dulu, test kemudian....

rsz_dsc_5450
Sebelum buat tu kena selongkar dulu, tengok apa bahan2 lain yang ada. Biasalah nak buat apa walaupun nak menderhaka resipi, biar lah relaven dan masuk akal. Ok, ada telur (memanglah kan kata nak buat roti telur...grrrr), ada daun sup, bawang, mayonnaise, bawang putih, lada hitam dannnn yeaa haaa....baki keju mozarella tu hari. Berehh...jomm kita mulakan operasi membina badan!...atau lebih afdal membina lemak....Terfikir lagi..boleh ke aku telan ni kang, dengan tekak yang sakit. Lepas mat buat tu kan...roti jadi lembut, dan alhamdulillah..boleh makan, cuma agak terseksa masa nak telan....tapi sebab macam terlapar habis gak 2 keping macam dalam gambar atas tu...serius seksa nak telan...Sedap?.  Opkos lah sedap, nak2 makan masa lapar...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping roti pita (jenis tebal, boleh beli di Tesco)
1 biji telur
1 biji bawang holland saiz kecil, didadu
1 tangkai daun sup, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mayonnaise
1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil2
3 camca besar parutan keju mozarella
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pilihan anda (mat guna sos thousand island)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul telur dengan dengan mayonnaise hingga sebati. Masukkan bawang holland, bawang putih, daun sup, cili merah dan lada hitam. Kacau hingga rata.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 7 inci, dengan sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa). Tuang bancuhan telur, ratakan. Tabur parutan keju mozarella. Biar sekejap dan bila permukaan telur nampak kental. Letak roti pita atasnya dan tekan sedikit.
  3. Biar sekejap dan berhati2 terbalikkan dan masak dengan api kecil hingga perang. Alih ke dalam pinggan sesuai. Potong dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.....kalau lapar, sila tambah lagi..
CATATAN MAT GEBU :- Mat tak letak garam sebab mayonnaise, serbuk lada hitam aji-shio dan keju mozarella sudah ada rasa masin. Tapi kalau anda nak juga letak garam, boleh lah secubit, ni dah bagi tau awal2, kalau sendiri letak, lepas tu masin...salah kan diri sendiri ok...sekian wassalam...


9 comments:

Cheetah said...

wahhhh sedap2!!

Dania Eryati said...

nyum...nyum...nak try test cuba ni abg mat

~mi + ny~ said...

tengok gambar pun dah tahu kesedapan nya..hehe..naseb baik belum start puasa lagi,buleh try buat..nanti da puasa esok lusa,kecur air liur dibuatnya..

Ezzah Aziz said...

esok pagi boleh buat breakfast..tq CMG...get well soon.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Ngencesss lagi nih! Tan Sri CMG semoga cepat sembuh ya...:)

MamaFaMi said...

Hihi.. boleh pulak dia men tampal tampal yek... pakai selotep ke Mat... ahaks... cam best je resepi sempoi ko ni Mat.. leh wat untuk buka poser nanti bila tiba time pancit memasak kan Mat kan... ahaks...

izan supian said...

moga cepat sembuh CMG.dalam pada tak sihat, masakan tetap meletop.nanti nak cuba untuk buka puasa...mesti hubby senyum lebar ...

muhammad asyraf said...

Assalamualaikum,

kreatifnya dan nampak sedap :)

Http://kisahsigemok.blogspot.com

Mama-ILuvU said...

Tak sabar nak tunggu post cik mat esok bersempena Ramadhan. Saya mula follow blog cik mat 2 tahun lepas masa tu bulan puasa...mmg bestttt :-))

Ada masa cik mat jengah blog saya yer. New blogger :-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.