BEN ASHAARI

Tuesday, July 24, 2012

RENDANG AYAM CILI PADI..

rsz_dsc_5645
Petang semua, tu hari kat FB ada yang bagi cadangan, CM lain kali up lah gambar2 makan lepas jam 3 petang, ok ni hari mat up lepas jam 3, tapi yang air tu, terpaksa up awal, sebab ia minuman, hehe. Rendang ayam satu masakan sinonim dengan kita orang melayu, orang peranakan dan seluruh nusantara. Paling popular bila menjelangnya hari2 perayaan seperti hari raya. Selain ayam, daging juga amatlah sesuai dibuat rendang. Mat buat semalam rendang ayam cili padi, agak pedas tapi nyaman. Mat buat seringkas yang boleh, guna santan kotak saja dan mat letak juga rempah rendang keluaran Baba's. Kalau takde anda boleh ganti dengan rempah kari. Bahan2 wajib ada dalam rendang, semestinya serai, santan, buah keras, lengkuas, halia, kunyit dan kerisik. Untuk perasa selain garam, gula melaka juga diletakkan. Kalau siapa yang guna serbuk perasa, boleh juga dimasukkan. Selalunya rendang agak kering atau berkuah pekat. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, ketupat, roti dan sebagainya. Ok jomm kita lihat resipi pula...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz besar, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 kotak santan (mat guna santan MS - 200 ml)
2 keping asam gelugor
1 camca besar penuh gula melaka
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, satu disiat, satu dimayang halus
400 ml air
2 1/2 camca besar kerisik
2 camca besar rempah rendang Baba's (boleh ganti dengan rempah kari)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 biji buah keras
1 genggam cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan rempah rendang, kacau rata dan terus menumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut.
  2. Tambah daun limau purut, daun kunyit yang disiat, santan dan juga air, kacau rata dan biar mendidih. Tambah kerisik, asam gelugor dan sedikit garam. Kacau lagi dan masak dengan api pecil hingga rendang pekat dan ayam masak.
  3. Masukkan gula melaka dan tambah garam secukup rasa. Kacau dan masak sekejap lagi, terpulang pada anda nak rendang yang lebih kering atau sedikit berkuah. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..


7 comments:

Ummi said...

Hamboooiiii....x hengaattt ko eh..! Sabauuu je laaa...

Sari Yusa Ibrahim said...

wahhhh, kita suka yg pedas2, mmg nyamannn

Nitesky said...

Macam sedap je tapi malas nak masak. Tengok bahan2 pun pening kepala

Shasha Mohamed said...

Bila tengok rendang ayam ni, makin kenyang rasanya. Maklumlah dah berbuka kejap tadi ;)

dapurCikWan said...

perghhhh... ;) nasib baik malam..

Quantity Surveyor said...

bile tgk jer CMG wt rendang nih... dan2 tuh den pun wt gaks... sedappp wooo... mkn dgn nasi panas... mabelessss... tq CMG... mmg superb... en suami pun suka... :)

ain izzati said...

thanks for the recipe . it helps a lot

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.