BEN ASHAARI

Thursday, July 12, 2012

MI BANDUNG "AGROMAS"....

rsz_dsc_5013
Salam semua, malam2 ni takde apa nak masukkan, jadi mat share resipi mi bandung yang tiada di Bandung Indonesia. Yang ni mat buat untuk bonda berbuka puasa tadi. Guna pes segera keluaran Agromas. Benda dah ada yea tak, baik gunakan. Mat beli 2 jenis dengan pes mi rebus Muar tempoh hari di sini. Tapi kan rasa dia sedap lah. Kira sesuai sangat untuk ibu2 bekerja. Janji kat rumah anda ada mi kuning, daging (kalau boleh jenis batang pinang), udang atau sotong. Telur, sayur sawi dan benda2 lain tu ikut anda lah nak letak, lagi sesuai untuk bulan puasa nanti. Jangan terikat sangat dengan resipi, kata lah kita letak taugeh, dan ada yang komen, eh mi bandung mana ada taugeh...yea betul, tapi sapa yang nak makan?..orang yang komen tu ke atau anda dan keluarga anda?...Jadi tepuk dada tanya selera. Teringat mat dulu pernah dikondem pasal resipi Fusion...Tolong lah kalau nak kondem pun google dulu kat Internet cari apa maksud "Fusion" tu. Ia gabungan masakan antara beberapa budaya. Contohnya spaghetti anda makan dengan kuah kari, tu kira fusion, pizza dan isiannya kita letak rendang atau base dia kita sapu dengan kuah sate selain sos tomato seperti lazimnya, itu dipanggil Fusion juga, kadang2 nak cerita pun malas.....Pstt..ada blogger glamer singgah blog DTS..tak caya...sila tengok sini... (^___*)

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
1 paket perencah mi bandung Agromas
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
150 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
10 - 12 ekor udang bersaiz sederhana, kupas kulit dan cuci bersih
4 pelepah sawi putih, siang berasingan pelepah dan daunnya
4 - 5 biji telur
1 kiub pati daging (optional)
1500 ml air atau secukupnya
Garam dan secubit gula

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, dicelur dan toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Hirisan cili hijau/cili merah
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua
Bawang goreng secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MI BANDUNG :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali atau periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan pes mi bandung, kacau rata. Tambah hirisan daging dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan biar mendidih, masukkan kiub daging (jika guna). Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah, pastikan merahnya tidak pecah dan telur tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Masukkan pelepah sawi dan udang. Masak lagi dan masukkan sedikit gula serta garam. Akhir sekali masukkan daun sawi, biar mendidih dan rasa, jika ok boleh matikan api..
  2. UNTUK MI BANDUNG AGROMAS :- Letak mi secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama bahan2 isian dan juga sebiji telur. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, hirisan cili merah/hijau, bawang goreng dan perah jus limau kasturi sebelum dimakan......Berbaloiiiii!!!...


8 comments:

Mas Michiko said...

Sedapnyerrrrrrrrrrrrrrr.... slurpppp! terliur dibuatnya...

Kalamhati said...

KH penah makan mee bandung agromas yg segera tu..sedap jugak..=)

nnt nak try perencah dia lak..

Bicara Kak Noor said...

mewahnya mee bandung cikmat ni akak baru je berangan nak buat esuk tapi taklah semewah ni dengan ayam je kot sbb itu je yg ada heee,pasti sedap sangat tu dgn udang beso lagi..

norinaomar said...

Agromas ni memang sedap...lebih sedap dari adami

rohayamohdisa said...

bukan setakat nampak sedap mee tu...memang konpem sedap..nak try jugak le guna perencah agromas tu..

FnF Simple Life said...

cerita pasal fusion teringat hari tu makan kat restoren ala2 itali kt jepun nih spaghetti dimasak ngn minyak zaitun, ikan bilis dan pepperoncino... betul2 style nasi goreng kampung tapi guna spaghetti...

juju said...
This comment has been removed by the author.
SitiAhyat said...

Sedapnya... Nak kena order dr kilang nih. hehehe... mama Ct suka karinya.. sedap ktnya. Ct bg sebab dapat hamper dulu. Ct nak membuatnye? hehehe tak khatam lg bab gulai & kari... lg satu ktorg suka sardin agromas, ikannye besar n banyak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.