BEN ASHAARI

Monday, July 2, 2012

DAGING KICAP LADA HITAM..

rsz_dsc_4210
Kenapa lah rasa malas sangat2 sekarang ni nak berblog. Tapi takpe..kena rajin. Kecuali kalau Allah menjemput ke pergi, tu jam takde lah entri. Malam ni entri yang ringkas juga. Menu kegemaran kanak2 dan juga yang tak berapa nak kanak2 sangat. Mat guna 300 gram daging batang pinang. Diperap dulu dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk lumat selama 30 minit. Mat guna kicap pekat dan kicap manis. Kalau nak guna daging biasa, kenalah rebus dulu kasi empuk. Tu jelah takde apa nak cerita sangat...kita semak resipi.

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang, hiris nipis cuci dan toskan
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
2 biji kentang saiz sederhana, dadu besar dan rendam
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar hiris bulat
1 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap manis
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk halus dan perap 30 minit. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum dan bawang perang. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut.
  2. Tuang air dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan serbuk lada hitam, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah leek (toskan) dan biar hingga pekat. Masukkan trafficlight capsicum dan bawang besar (leraikan). Gaul rata dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

16 comments:

Cheq Sue said...

aduhhh... kalau dapat makan dengan nasi panas sedap nih che mat

Scarlett O'Hara said...

Jangankan dnegan nasi panas, dnegan roti pon sodap!

JIJI YU said...

dulu ji salu wat ngn madu hitam..

Kalamhati said...

lama dh tak makan daging kicap..sedaaappp

una imana said...

Sedapnya...dan2 lapaq..:)

Sari Yusa Ibrahim said...

mesti harum mewangi...

Sari Yusa Ibrahim said...

mesti harum mewangi...

ibh_sue said...

Aslmkum CM.
Aduih..peberet ni..Sedap mkn dgn nasi panas..huuu

noradzlina.kamdani said...

wah..another version utk lin try daging msk kicap..selalu lin lebur semua...xde la nk bertumis bagai atau nk perap daging2 tu dolu... thanks che mat.

Mas Michiko said...

Perghhhhhhhh.... cedapnyer! ni pon peberet sy jgk... klu kt umh jarang msk sbb hubby tak mkn daging... time dia takda umh baru leh cuba resepi ni... :)

KITA said...

antara menu feverate aku...wife pun semakin terrer menghasilkan yang terbaik...

KITA said...

antara menu feverate aku...wife pun semakin terrer menghasilkan yang terbaik...

Cheetah said...

sedap2! nnt time nak lunch nak cari lauk mcm ni la.hehe

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

daging masak kicap ni mmg peberet nak kena try ni ;)

DocYana said...

Er - kentangnya masuk tang mana cik Mat Gebu?

Fatin Izuwan said...

abg mat,nk tny...abg mat selalu guna kicap pekat & kicap manis brand apa utk masakan?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.