BEN ASHAARI

Thursday, July 19, 2012

BILA "PANCIT....MAMPU GORENG MI SAJA.

rsz_dsc_5320
Parah ni, tekak makin sakit, harap2 jangan demam sudah lah, tapi rasa masih ok. Selsema dah kurang. Satu lagi bila keadaan macam ni, virus Malas cukup2 tebal dalam diri. Nak cuci sudu sebatang pun malas, huhu. Tapi kena paksa juga buat. Pagi ni mat goreng mi untuk big boss dan mat pulak masak bubur nasi, nak makan yang keras2 sakit lah tekak, macam ada durian dalam dia. Kalau ikut kan banyak kali sangat mat letak entri mi goreng macam ni, sampai ada yang jemu. Mat pun kadang2 jemu juga, tapi nak buat macam mana, kalau nak tunggu masak2 yang meletop, nampak gaya seminggu 1-2 kali je lah update blog. Mat tulis juga lah resipi. Tak boleh nak bebel sangat, kepala berat dan mata macam ada batu 5 kg atas kelopak dia...huhu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mi kuning, cuci dan toskan
10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan
1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
1 pokok sawi, siang berasingan daun dan batangnya
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
2 camca besar sambal tumis*(*resipi dibawah)
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap manis
1 camca teh kicap pekat
1 biji telur, pukul sedikit
1/3 cawan air
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Belahan limau kasturi
Hirisan timun sebagai ulam
Sos cili atau tomato

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
3 senduk nasi cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Gunakan api sederhana dan kacau selalu. Tuang jus asam jawa, masak hingga pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk, simpan dalam botol bersih. Letak dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama (pastikan sambal tadi dilitupi dengan minyak yang kita guna untuk menumis sambal).
  2. UNTUK MI GORENG :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos tiram, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur dan biar mengeras sedikit. Kacau hancur dan gaul rata. 
  3. Tambah kicap manis, tauhu, udang dan air. Kacau dan bila mendidih, masukkan batang sawi dan mi kuning. Gaul rata2. Tambah daun sawi dan taugeh, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng. Makan dengan perahan limau kasturi dan hirisn timun sebagai ulam. Kalau suka boleh juga ditambah sos cili atau sos tomato.


15 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnye...mkn panas2.nyum3

moga CM cpt sembuh ye, amin

Norhafizah (Lina) said...

tak sihatm masih mampu lagi ke dapur dan update blog kira rajin lah tu.

Zefa NorAsmara said...

Mee yg nampak sgt sedap, pinggan teko cawan yg menggoda.. Wah!!

ps: semoga kembali sihat en mat.. :D

AbbotCottage said...

Moga cepat sembuh ya Mat.
Minum air kosong banyak-banyak.

Iam Yanty said...

Lapar! terliur ni kalau tengok time puasa leh tergugat iman.

fizafantagirO said...

oo , ni la mee nye .. gulppp .. terlio la pcm ! .. nakkk

rosmawati abdullah said...

Tie selalu ikut blog mat ni . so semoga cepat sembuh la ya. nanti sudi2kan lah singgah dekat blog Tie yang tak seberapa.

Sari Yusa Ibrahim said...

Kesian CMG :-(

Emma said...

Walaupun mee pancit, tapi pasti sedap...

cikmanggis said...

semoga mat Cepat sihat.Selamat menyambut Ramadhan buat Mat sekeluarga:)

AZLITA AZIZ said...

Semoga mat cepat sihat, rajin2 makan ubat dan banyakkan berehat..

deena said...

Cik mat: minum air asam jawa la bg kurang sakit tekak

eyeyou said...

salam en mat..selalunya tengok ajer kawan sy belek blog en mat hari2..pastu nanti dia tunjuk saya itu ini..tp dia xder blog, so sy follow utk dia n saya jugak..salam perkenalan..:)

Salmi Khairil said...

semoga cik mat cepat sembuh...ini dah cukup istimewa dah, walaupun demam boleh lagi memasak..kalau saya tapau jer kt kedai...

Zara Balqis said...

salam mat .. mat tau tak pancit tu dalam bahasa tagalog (pilipin) pun mi jugak tau .. mihun .. kena tu .. hehe..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.