BEN ASHAARI

Friday, May 18, 2012

BENDI PEDAS GORENG TELUR..

rsz_dsc_8839
Petang semua, resipi mudah lagi, kalau tadi dah letak resipi asam pedas ayam, ni kali mat kongsi bendi pedas goreng telur pulak. Kalau ikut kan tak payah buat entri pun takpe menu ni, cikai gileer, betul tak. Tapi sebab takpe lah dari entri yang sama je, sekurang2nya ada lah juga yang baru walaupun menu yang sama. Bendi berbaki dalam 8 biji, jadi dari tua, elok mat goreng saja. Bendi dia boleh tua sendiri, jika anda beli bendi tu muda, lepas anda simpan 2-3 hari (jika tak habis guna), dia akan jadi keras dan liat sedikit. Masa tu kalau campur dalam kari atau asam pedas, jadi kurang sedap, bila makan macam berhampas saja. Tanpa berlengah lagi, kita semak resipi, boleh lah bagi2 idea kot2 ada yang buntu tapi bahan ada kat rumah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 - 10 biji bendi, cuci dan tos kering, hiris serong nipis2
1 biji telur, kacau sedikit
1/2 genggam ikan bilis, goreng garing dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Masak sekejap. Tuang sedikit air, dan masukkan bendi, gaul rata. Masak hingga bendi lembut.
  2. Kecilkan api, tuang telur keliling kuali, kemudian gaul perlahan2 bersama bendi tadi hingga rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur ikan bilis goreng atasnya sebelum dihidangkan bersama nasi hangat....siap sudahh!!!.


8 comments:

deena said...

Sedap gile tgk ikan bilis tu... Nk buat la nnti.. Thx cik mat

kakchik@ella said...

nak setepen cik mat.

Mas said...

mas pun suka masak bendi gini...
sedapnya tengokkk.....

Amie said...

Terlupa jap bendinya, terpaut dengan bilis yang menimbun atasnya... dua2nya memang sedap!

laskar pelangi said...

adesss!!sedap ni...aiyooooo balik rumah nak masak camnilah:)))

Bicara Kak Noor said...

sedapnya bendi dibuat cam gini tang ikan bilis tu best ranggupnya nampak..

Jemari Oren said...

lama tak memakannya, ishh

Eny Yusnizar said...

sedapnye sedapnye!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.