AGAR-AGAR KELAPA PANDAN.

rsz_dsc_9445

Assalammualaikum, cuti masak hari ni, tapi tadi ada projek menyedut air kelapa muda. Dalam masa sama mat pun terfikir gak, dari sedut sampai kering, jomm kita buat agar2 kelapa muda. Maka usaha mencari serbuk agar2 pun bermula. Huhu, tebiat buruk si mat tu apa tau, dia beli lebih, lepas tu entah mana dia letak pun tatau, tak jumpa. Tadi dekat 30 minit juga lah mengemas, mencari dan akhirnyaa...yesss....dapat sebungkus lagi agar2 serbuk cap burung layang2 atau swallow. Tapi air kelapa tu mat ambik sikit saja. dalam 2 cawan atau 500ml, dan isi dia mat ambik sikit dan hiris memanjang halus2. Mat buat dalam 2 bekas agar bersaiz 300 ml setiap satu, kalau anda nak buat dalam bekas comel2 pun boleh, takde masalah.

rsz_dsc_9502

Masa buat tu, mat plan nak buat agar2 jernih lapis kaler hijau. Jadi guna sedikit pandan pes, kalau takde guna pewarna makanan hijau pun boleh. Untuk setiap lapis mat guna 1/4 cawan yang hijau dan putih, dan lapisan hijau mat tabur isi kelapa muda yang dihiris halus tadi. Sebab air kelapa ni boleh dikatakan manis, mat cuma guna dalam 50 gram gula sahaja, tapi yang tu ikut anda lah, jika rasa kurang manis, boleh tambah. Bergantung pada kelapa yang kita guna juga. Kalau anda guna kelapa pandan, macam mat guna ni, air dia bukan sahaja wangi, tapi juga manis. Buat dia mudah sahaja. Untuk mempercepatkan proses agar2 mengeras sebelum kita lapis yang satu lagi, mat letak acuan agar tadi dalam bekas berisi air ais. Dan sebelum dituang lapisan seterusnya, cakar2 sedikit permukaan agar2 tadi dengan pisau atau garfu, dan tuang lapisan seterusnya perlahan2. Boleh faham kan?. Ok kita semak resipi pulak...panas2 ni bess makan agar2... Jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk agar2 (mat guna cap swallow)
60 gram isi kelapa muda
500 ml air kelapa muda
50 gram gula atau secukup rasa
 1 helai daun pandan, simpul
3/4 camca teh pandan pes @ pewarna hijau


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan serbuk agar2, gula, daun pandan dan air kelapa muda, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu kelapa muda dihiris halus memanjang dan bahagi kepada 4 bahagian sama banyak.
  2. Keluarkan daun pandan dari agar2 tadi, bahagi kepada dua (250ml setiap satu). Satu bahagian biar warna asal dan satu lagi letak pes pandan atau pewarna hijau, kacau rata. 
  3. Sediakan bekas agar, letak 1 bahagian kelapa muda dalam bekas agar2. Tuang 1/4 bahagian warna hijau. Biar ia sedikit mengeras,  toreh2kan permukaannya dengan pisau dan tuang 1/4 bahagian yang tanpa warna, biar mengeras dan toreh2 permukaanya. Tabur 1 bahagian lagi kelapa muda dan tuang warna hijau, dan lapisan terakhir warna putih. Lakukan kaedah sama untuk satu bahagian lagi (mat buat guna 2 bekas yang sama). Akan dapat 4 lapisan, hijau ada hirisan kelapa + putih jernih + hijau ada hirisan kelapa + putih jernih..
  4. Biar mengeras sedikit dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk...

Post a Comment

6 Comments

  1. peminat agar-agar dah datg ni cik mat. meh seketoi

    ReplyDelete
  2. @ kakchik - waaaa..ok ok...tunggu eks kat simpang...

    ReplyDelete
  3. mmg tak di nafikan agar2 ni mmg sedap...

    ReplyDelete
  4. cantiknya kejadian, hijau yang menawan..

    ReplyDelete
  5. Baik-baik tercekik makan agar2 ya Adnan yeaa... ^__^

    ReplyDelete
  6. menarik n nampak sedap...waallah...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.