BEN ASHAARI

Saturday, April 7, 2012

TERUNG KICAP PEDAS...

rsz_dsc_2353
Assalammualaikum, selamat petang. Mengantuk gilerrr ni hari, sampai nak tulis entri pun kejap2 terlentok macam ayam sakit. Untuk entri pertama mat letak resipi ringkas, biasalah aku laa ni malas dah nak masak yang canggih manggih, masak yang ala kadar sudah lah, janji ia laku dan boleh dimakan oleh semua orang. Terung kicap pedas ni satu resipi olahan dan mat rasa ia sedap dimakan bersama nasi putih dan juga bubur nasi. Terung tu terlebih dahulu mat goreng dalam kuali yang diletak sedikit minyak masak atau minyak zaitun, kalau anda guna minyak zaitun dapatkan minyak zaitun yang untuk masakan, bukan jenis EVOO (extra virgin olive oil). Kalau takde, guna minyak masak biasa pun tak dosa. Nampak mat ada tabur ikan bilis kan, yang tu jenis ikan bilis kecil atau ada yang panggil ikan bilis nasi. Memandangkan ia kecil2, tak perlulah buang kepala, cuma rendam sekejap, cuci, perah dan goreng hingga garing. Resipi seperti dibawah ini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru, buang sedikit kulit, hiris serong dan rendam
1 genggam ikan bilis nasi, rendam 10 minit, tos dan perah sedikit
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil, untuk hiasan
1 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap manis
Sedikit air
2-3 titik minyak bijan

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan terung tadi, lap kering dengan kitchen paper towel. Panaskan non-stick pan, tuang 1 camca besar minyak zaitun atau minyak masak biasa, ratakan kemudian masukkan terung, goreng hingga terung lembut dan keperangan pada kedua2 bahagian, guna api kecil. Angkat dan susun dalam bekas sesuai. Ikan bilis nasi digoreng hingga garing, angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga garing, masukkan sos tiram dan kicap manis, kacau dan tuang sedikit air. Masak hingga pekat, gunakan api kecil. Akhir sekali masukkan minyak bijan, kacau rata dan matikan api.
  3. Tuang no. 2 tadi atas terung, ratakan dan tabur ikan bilis goreng, hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu halus tadi. Hidangkan segera bersama nasi putih atau bubur nasi..

6 comments:

yna fazlyna said...

sedap uhhh... suke makan terung.

nafaz lynn said...

saya pun selalu jugak buat macam ni kat rumah.. memang sedap.. kegemaran ahli keluarga.. hehe

Hasmah MZ said...

saya selalu masak cabai jer..nnt nak cuba jg masak kicap ni..mesti terangkat..kalau nakl gaul sekali dlm kuali tu boleh kan cik mat....

Hasmah MZ said...

saya selalu masak cabai jer..nnt nak cuba jg masak kicap ni..mesti terangkat..kalau nakl gaul sekali dlm kuali tu boleh kan cik mat....

Sari Yusa Ibrahim said...

Oh, tak pernah jumpa masak macam ni, len kali nak suruh mak sy masak, sy selalu bukakan blog Cik Mat suruh mak tengok, hehe..

Call Me Ms.Saranghae said...

lepas ni, nak try la resepi ni...nampak mcm sedap...siap ada ikan bilis lagi...:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.