BEN ASHAARI

Wednesday, February 8, 2012

TEMPE, KACANG DAN IKAN BILIS BERLADA.

rsz_dsc_6639
Kali ni letak entri yang mat rasa ramai juga yang suka. Tempe, kacang tanah dan ikan bilis berlada ni kira macam sambal kering. Anda nampak macam berminyak kan, sebab tu masih suam. Bahan2 pun dah ada, kebetulan tempe ada 2 bungkus lagi, mat guna lah untuk buat sambal ni. Kacang tu pulak, belen masa mat masak nasi lemak tu hari. Jadi mat gunakan untuk buat sambal. Ikan bilis tu perlu digoreng garing, gunakan api sederhana dan goreng hingga garing, angkat dan toskan atas paper towel. Bawang goreng juga mat gunakan sedikit sebagai penambah aroma. Hmm apa yea nak cerita lagi, tu saja kot. Jomm semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tempe (berbungkus daun), hiris nipis
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1/4 cawan kacang tanah
1 camca besar penuh bawang goreng
1 senduk cili kisar
2 camca besar jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Secubit belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dan ikan bilis digoreng hingga garing, angkat dan toskan. Kacang tanah digoreng hingga keemasan, angkat dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Gunakan api perlahan. Tambah air asam jawa masak hingga pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya manis sedikit). Kacau rata dan masukkan tempe goreng, kacang tanah, ikan bilis goreng dan bawang goreng. Gaul hingga rata. Masak sekejap hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

12 comments:

nuriarif said...

salam, cik mat. berilah petua mcm mana nak beli ikan bilis yg kekal rangup, thanks in advance;-)

Cekgu Maz said...

salam...wah sedapnyer tempe...nampak cam menarik...musti best nie makan ngan nasi panas-panas....

Mat Gebu said...

@ nuriarif - hmm, macam mana eks, selalunya saya beli ikan bilis yang bersaiz sederhana, warna agak cerah.

cik cek said...

Menu fav akak ni....sedapnya....

khairiah khaizu said...

sedapnya...suami saya suka makan nie..blh simpan lama..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer..ratah camtu je pun sedap

Rozuan Ismail said...

makan dgn pulut sedap.makanan org banjar n jawa

Ummi said...

Weeeeyyyy Mat, setonggok tempe tuuu...kemaaiinn, mcmana leh diri tinggi gitu...hahahahha, kacang2 sume elok jek melekat... ^__^

Huda said...

feveret ni...

OMR (Rose) said...
This comment has been removed by the author.
OMR (Rose) said...

saya suka! dulu masa sy sekolah rendah...makcik kantin ada jual benda nih...tp x sesedap mak sy buat...so, sy soh mak sy buat byk2...bungkus kecik2...pastu sy jual! Hahaha...kesian mak cik kantin tu, x de niat nk sabotaj...tp mmg mak sy buat lg sedap ^_^

nuraniey640 said...

e eh sedapnyeww....tringat dulu2 time skola sepeket lime posen jew sbungkus...