BEN ASHAARI

Sunday, January 1, 2012

QUICHE CENDAWAN BERKUCAI...

rsz_dsc_2169
Assalammualaikum, selamat tahun baru...wahh tahun baru lagi. Esok ada yang cuti lagi ke?. Sekejap je dah nak habis 1 hari dalam tahun 2012, masa bergerak pantas. Malam ni mat nak share resipi "Quiche"..tau apa tu "quiche"?...Mengikut wikipedia. Quiche sejenis pie terbuka yang selalunya berintikan bahan bukan manisan, dituang kastard dan ditabur keju dan asalnya dari Perancis. Mat mula tak terniat nak buat, tapi masa kemas2 peti sejuk nampak cendawan, nasib baik tak rosak, hmm tu lah satu keburukkan perangai mat gebu, jenis mata keranjang, kalau nampak benda2 bagus, main rembat tak hengat..hmm, tahun ni insya Allah nak lebih berhemah berbelanja..konon2 lahh...huhu..

rsz_dsc_2191
Jadi dipendekkan cerita, baki pastry mat buat pai epal dedaun rindu di sini...kalau guna acuan saiz 6 inci rasa mat boleh dapat tiga ketul quiche. Pasal inti tu kan, anda boleh ubah suai ikut selera anda. Macam mat pun guna bahan2 apa yang ada. Memasak ni sebenarnya memerlukan pengalaman, semakin lama, anda makin faham, dan bila tengok bahan yang akan kita gunakan, secara tak langsung kita boleh bayangkan produk akhir. Untuk kastard mat guna 2 biji telur + 2 camca besar whipping cream atau susu segar pun boleh. Tambah sedikit garam, serbuk lada hitam dan hirisan daun kucai. Eh terover the limit pulak cerita....Mat tulis resipi serba ringkas yea..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
10 biji cendawan butang segar, hiris (mat guna cendawan bentuk mcm jejari)
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 bahagian capsicum merah, dadu kecil
1/2 cekak daun kucai, hiris kasar
1/2 kiub pati ikan bilis
1 camca besar rempah kari ikan
2 camca besar air

BAHAN LAIN :-)
1 bahagian pastry, resipi di sini
2 biji telur*
2 camca besar whipping cream*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*
1 camca teh hirisan halus daun kucai*(*Bahan kastard)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan, tumis bawang besar, bawang putih dan capsicum hingga layu. Masukkan rempah kari dan air, kacau rata dan masak sekejap. Tambah cendawan, masak hingga layu. Masukkan daun kucai dan tambah kiub ikan bilis (hancurkan), kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  2. Canai pastry antara 2 keping plastik, anggaran setebal 1/3 cm, kemudian berhati alih ke dalam acuan pai, kemaskan dan potong lebihan pastri (boleh lihat sini cara2nya). Cucuk permukaannya dengan garfu, kemudian alas dengan aluminium foil, letakkan kekacang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15 minit (kita panggil kaedah "blind bake"). Kemudian alih aluminium bersama kekacang tadi dan sambung bakar lagi selama 10 minit hingga permukaan pastry kering.
  3. Keluarkan dari oven. Letak no 1 dalamnya dan ratakan. Kacau rata semua bahan kastard tadi hingga rata. Perlahan2 tuang atas inti hingga penuh. Berhati2 jangan sampai ia meleleh di celah kulit quiche, nanti susah nak tanggal sebab melekat.
  4. Sambung bakar lagi semalam 25 minit atau hingga permukaan quiche mengeras. Biar sejuk dan boleh dihidangkan untuk minum petang. Sesuai juga untuk majlis..

3 comments:

joegrimjow said...

pukul 12 kot tgok ni!

aimie amalina said...

weee
ase tingin sangat nak buat pai2 ni pakcik mat
kalo ade dapur sendiri boleh cube ni
plak tu bukn manis2 ni
wee

maseh pakcik mat :)

Faeez said...

Selamat Tahun Baru kpd CMG! Moga tahun ni CM akan lebih banyak berkongsi resipi2 yang enak2! :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.