BEN ASHAARI

Sunday, January 1, 2012

KOBIS MASAK LEMAK PUTIH..

rsz_dsc_2044
Salam semua, selamat tahun baru. Entri pertama mat letak masak biasa2 jerr.. Kobis masak lemak putih.Ini kira resipi habis idea. Lepas tu mat ada masak asam pedas (yang ni payah lah kan letak) dan sambal tumis ikan bilis (pun tak yah letak dalam blog). Bila masak lemak kobis macam ni, ada sambal belacan, ikan masin/ikan goreng sudah memadai, itu sebagai pelengkap. Nak hidang dengan lauk2 lain pun takde masalah. Kalau ingin variasi, anda boleh letak kacang buncis, tau pun lobak merah dalam masak lemak kobis tadi. Soo hoon salah satu bahan gandingan yang begitu sinonim dengan masak lemak macam ni, selain sedap dimakan, ianya akan memperlihatkan kuah masakan nampak pekat. Walaupun ini resipi senang buat, mat tetap tulis, yelah mana2 yang baru2 nak berjinak memasak, boleh cuba nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris sederhana kasar
1 camca besar penuh udang kering rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang, bawang puith dan udang kering. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kobis dan masak hingga kobis 1/2 lembut, jika kurang kuah tambah sedikit air.
  2. Masukkan soo hoon (toskan) dan hirisan cili merah. Kacau rata dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.......pengsann >__<

4 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer lemak kobis.jgn sebut sambal belacan encik mat..mmg pengsan!

mieza said...

Rindunya masak lemak kobis!

Pembawa_Wacana said...

Yang nie ler selalu dibuat kat umah saya bang mat....hahaha

http://wacanaku2009.blogspot.com/2012/01/pelajar-cemerlang-spm-rosak-akhlak.html

sharifah said...

thanx 4 da recipe!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.