BEN ASHAARI

Tuesday, December 13, 2011

SARAPAN PAGI....vs....MINUM PETANG..

rsz_dsc_9493
Selamat pagi Malaysia. JOOmmm sarapan, tapi kalau anda nak cari menu sarapan sehat, kena lah tukar makan oats yea. Ini mat cuma letak sebagai entri selingan. Secara jujur ini bukan mat buat, tapi beli disatu gerai kueh di Kampung Gajah....uikk mana itu kampung, dalam zoo kaaa, salah leer, itu kampung dok diam di Daerah Kluang. Kalau nampak kuih2 tu sah lag kuih orang2 kita...atau ada juga orang pranakan nya kueh seakan2 sama cuma mereka tengah mengfusionkan untuk menjadikan ianya identiti mereka. Ada kueh gulung atau sesetengah negeri panggil ketayap dan ada juga segelintir panggil "teruna malang"...aduhh pitammm., yang berbalut daun pisang tu sah2 pulut panggang, yang ni mat puji lah sebab serunding dia kan..soo sedap okehh...kelapa dia pun tak kering dan moist, yelah ada setengah2 tu inti serunding dia, hmm macam hampas kelapa dan pulut dia pun lembek semacam, yang ni teksture pulut dia just nice lembut tapi tak benyek.

Karipap tu biasa2 saja, tapi inti dia sedap sebab dari ubi keledek, manis. Satu lagi feberet mat mesti lah kueh koci. Ada pelbagai versi kueh koci, yang ni jenis biasa tapi inti dia banyak dan kulit yang menyaluti inti pun tak delah tebal sangat, ada separuh tu inti ciput, kulit tebal kan main. Bila bercerita pasal kueh2 tradisi ni, nampak mudah. Tapi tak semua dapat menghasilkan kueh yabg bermutu dan sedap. Ini mungkin atas sebab faktor bahan2 itu sendiri. Kelapa, santan dan juga bahan2 mentah lain. Mat pun tak pandai sangat buat kueh2 melayu ni, masih dalam peringkat belajar. Kalau kita ada sedara mara tua yang pandai menghasilkan kueh mueh enak, seelok2nya kita bertanya pada mereka, sebelum mereka pergi membawa kebijaksanaan bersama2....rugi kan ilmu yang bermanfaat tak dapat dikongsi ....Jemput sarapan semua...

5 comments:

Aza/Rin/Na said...

sila ... cik Mat :-)
feveret akak kuih karipap dan kuih koci nun ...
ada pedas dan ada manis - pelengkap

Isteri Encek Bard said...

pulut panggang orang johor panggil, tapi klu kat utara depa panggil pulut udang

Ctnaemah said...

akak tau sangat kampung Gajah yg tak besar mana tu..tu ler tempat akak menyinggah tiap petang khamis semata-mata nak melilau di pasar lambak kat situ ms zaman minah karen dulu2..hahah

Tihara said...

akk ske kuih koci n keripap :)

syalinda johari said...

nak pulut udang tuhhhh...seketul tak cukup..kena 3 ketul baru kenyang..hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.