BEN ASHAARI

Monday, November 21, 2011

NASI GORENG CINA @ 中國炒飯

rsz_dsc_7258
Assalammualaikum, salam Isnin semua, dah sarapan..erkkk dah nak makan tengah hari kan. Hari ni mat masak petang, sebab bonda berpuasa. Pagi tadi mat cuma goreng nasi. Yelah sekarang ni nasi tak boleh membazir, beras kan mahal, jad ada berbaki pun kita kena juga buat sesuatu yang boleh dimakan dengan lebih nyaman. Nasi goreng antara yang kerap juga mat letak dalam DTS ini, mat akan letak apa saja yang ringkas dan mudah di DTS. Bukan apa, yang ringkas tu kadang lebih praktikal dan tidak memeningkan. Satu mat nak terangkan, perbezaan mereka yang duduk di pekan dan di kampung, di kampung ada kala barang2 agak terhad, kecuali ada pasaraya2 besar yang berhampiran. Jadi ada sebab jika mereka agak keberatan nak mencuba jika resipi yang agak sukar mendapat bahan2. Terima kasih mat pada blogger INI, atas surat beliau yang memberi suntikan semangat pada ku...terharu..huhu

rsz_dsc_7303
Nasi goreng cina selalunya ringkas dan kurang pedas. Penggunaan lada sulah dan minyak bijan adalah antara yang digunakan. Untuk kali ni mat saja2 bungkus dalam telur yang didadar nipis, alah untuk masuk blog kena lah bagi lawa, dah kata blog masak2, selain resipi, gambar yang perlu dititik beratkan. Satu lagi kualiti gambar, pada mat kamera memang memainkan peranan yang utama, tapi teknik itu yang penting, mat dulu guna kamera cap ayam sahaja (itu pun kena guna culik dengan pihak2 "media cetak" yang tak bertanggung jawab), cuma baru2 ni mat guna yang elok sikit. Ok lah, jika anda membaca entri ni lewat tengah hari, anggap je ini sebagai menu makan tengah hari....Kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu
15 ekor udang saiz sederhana, buang kulit cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
3/4 camca teh serbuk lada sulah
4-5 titik minyak bijan (mat guna jenama NONA)
1 kiun ikan bilis
1 biji telur, dikacau sedikit
1 pokok daun bawang, hiris halus
5 keping cendawan tiram
Garam secukup rasa
1 biji telur*
1 camca besar susu cair*
1/2 camca teh tepung jagung*(*disatukan, kacau hingga rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan kiub ikan bilis (hancurkan) dan kacau rata. Tambah udang dan masak hingga udang berubah warna. Tambah traffic light capsicum dan cendawan, kacau rata.
  2. Masukkan sedikit garam berserta lada sulah. Kacau dan tambah nasi sejuk, gaul rata dan masak sekejap. Buat lobang ditengah2 nasi goreng tadi, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras, gaul bersama nasi dan kacau rata, masak sekejap hingga nasi sedikit kering.
  3. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang gaul dan rasa jika ok boleh matikan api. Sementara itu, dadar nipis telur yang telah satukan dengan bahan2 bertanda (*) dalam non-stick pan bersaiz 10 inci hingga masak.
  4. Masukkan nasi dalam mangkuk sederhana pandatkan dan letak ditengah2 telur dadar tadi. Bungkus nasi tadi dengan telur. Letak pinggan sesuai atasnya dan terbalikkan. Buat kelaran "X" atad permukaan telur dadar dan hias nasi tadi ikut suka. Hidangkan segera..

6 comments:

Emma said...

Alahai cantiknya presentation, sayang nak makan

ummi_norseha said...

SEDAPNYA.......PEBRET ANK2 SY

L said...

ak xminat sgt.. huhu aser len macam jek.. huhu

jom bacer kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

faieza aaroonf said...

salam cmg...
wahh,,,kamera baru yer,,,,
patutla chantekk...:)

penaGlow said...

gambar aje gila cantek, tp tau hasil tgn mat memang semuanya best...ermmm, terliur dah...

waloetz said...

hehehS !!! :D http://tinyurl.com/photo-UD793I45FE-jpeg

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.