BEN ASHAARI

Tuesday, November 1, 2011

IKAN BAWAL TIGA RASA.....GAYA MAT GEBU.

rsz_dsc_5307
Bertemu kembali, ok dalam entri lepas dah ada cara2 siang ikan bawal. Kali ni ikan bawal telah menjadi santapan mat gebu pulak, masak tiga rasa, tapi yang ni ala2 sweet sour pun ada, mat campur sos plum dalam 1 camca besar. Masakan ni mudah, ikan tu digoreng dulu, dan letak dalam pinggan sesuai. Buat sosnya dan curah. Hidangkan segera. Tapi itu style mat lah, yang lain tu mat tak pasti macam mana. Mat ada campur nenas yang didadu dalam tu, sebagai pemanis. Selain ikan bawal putih macam mat guna, ikan bawal hitam pun sesuai, atau ikan tenggiri, tak pun ikan merah. Hidang pulak dengan nasi panas dan lauk2 sampingan disertai minuman yang segar.....cerita pasal minuman ni, cer anda klik sini, ada sesuatu yang menarik dan boleh dicuba... Ok kita semak resipi dan blog pilihan DTS hari ni ---> di sini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal yang telah siap dibersihkan*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*dilumur dan perap sekejap)
1 camca besar sos plum (jenama LIFE)
1 camca besar sos tiram (jenama LIFE)
2 camca besar sos cili thai (jenama LIFE)
1 camca besar cili kisar
1/4 traffic light capsicum (merah, kuning, hijau) didadu
1/3 cawan nenas yang telah didadu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
Sedikit air
Sedikit kicap cair

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan bawal tadi hingga kuning keemasa pada kedua2 bahagian. Angkat dan letak dalam pinggan seseuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah nenas dan bawang besar, masak hingga layu. Tambah sos plum, sos cili thai dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan air dan tambah traffic light capsicum, dan kicap cair secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal tadi, ratakan dan boleh hidang bersama nasi hangat.

10 comments:

Ribbon Clown said...

same lah menu kita ptg nih cik mat ;) slamat dinner!

aimie amalina said...

hohohoh
sudah lame
tidak makan iniiihh

aiyooo
sedaaapnyeeee =]

JIJI YU said...

okeh2..baru je makan tadi..mmg best

Chik Att said...

mak ai ..... tabik ngan CMG ... gigih siang ikan bawal sambil pegang kamera ...

apa pun .... bagus gak. Sekarang ni ... ada anak dara tak tahu cam na nak siang ikan ....
Keh keh keh

umi's cup cake said...

sedap dan menyelerakan je nampak ikan bawal ni..eh ini ikan yang jadi model post sebelum ni kan?..

Miss Nurul Atikah said...

sedapnyeeee..... ngidam nak makan gak

Emma said...

hadoi,, buleh pengsannnn! heeeeeeeee,,,,ayaq liuq meleleh ni....

Along Usop said...

halamak PCM..

jangan kan 3 rasa.. 4 5 rase dah meleleh lam mulut nih..

uwaaaaaaaaa!!!!

Kalamhati said...

Salam che mat..

baru sempat menjenguk..huhu
sedapnyeeee..nnt nk cuba gak

Isteri Encek Bard said...

WAHHHH LAGI IKAN BAWAL....