BEN ASHAARI

Tuesday, November 22, 2011

FRESH FRUIT IN PUFF PASTRY BOX..

rsz_dsc_7415
Selamat malam semua....sehat ke?....Malam ni nak share satu resipi ringkas dan kalau ada stok2 buahan segar bolehlah buat, bahan2 pun ready made saja, macam puff pastry, whipping cream tu kalau nak senang guna yang siap diguna, jenis dalam tin...Malam ni mat saja lah nak cerita sikit Bila berblog, kita tak boleh nak anggap semua yang membaca apa kita letak atau tulis di blog kita akan difahami oleh pembaca. Ada blogger yang suka meletak entri dengan maksud dwi-makna, jika letak gambar peminta sedekah, dari mata kasar kita nampak peminta sedekah itu sendiri tapi mungkin maksud tuan punya blog ialah mengenai blog beliau yang bukan perlu mengharap simpatii...ni contoh saja yea. Maka macam2 komen akan diberi mengikut pandangan masing2. Cuma yang tak sedap, bila tuan blog itu sendiri merasa pemberi komen kurang peka....pada mat mereka bukan kurang peka, tapi memberi pandangan mengikut penglihatan mereka. Allah cipta manusia ni dengan kelebihan dan kekurangan, jadi tak perlulah kita memerli mereka yang memberi komen tak kena dengan entri anda yang mengelirukan. Pada pemberi komen, tanpa kita sedar kita memperbodohkan diri sendiri dalam diam, sebagai langkah selamat pada mat, kalau kita kurang pasti baik kita tengok, baca dan jika faham, komen, jika tak dan rasa tak berminat, tak payah buat apa2.....Maaf ini bukan nak perli sesapa, tapi dari pandangan seorang anak lelaki no 4 yang berunsur "Angin"...tu saja....

rsz_dsc_7419
Hmm, ok cukup lah cerita atas tu, kita berbalik pada cerita asal. Mat melakukan pembersihan bahan2 baking tadi, ada berbaki 3 keping puff pastry, dan sedikit buah2an segar seperti anda lihat tu, ada strawberry, kiwi, buah anggur dan yang kuning tu buah pisang kaki atau omputeh panggil persimmon. Tadi mat ayak sedikit gula aising atas puff tu sekali kena angin dari kipas, dia terbang..huhu dah tinggal saki baki comot saja atas dia...grrrr..geramm okeh..sabar2..kalau asyik geram nanti cepat tua, muka pun kedut..dah nak kena seterika pulak kasi tegang...tapi sesekali kalau nak hilang stress boleh gak dengar muzik, nak2 secara live macam kat sini.....erkk... amacam ada brann?...Ok jomm lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping puff pastry jenama KAWAN berukuran 4 inci x 4 inci
Whipping cream secukupnya (nak senang guna yang dalam tin)
Buah2an segar secukupnya (strawberry, kiwi, peach atau ikut suka)
Sedikit gula asing untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, alas tin pembakar dengan kertas minyak, letak puff pastry tadi jarakkan sedikit. Bakar selama 25 minit dan jika oven anda ada fungsi kipas, boleh on kan....Bila masak, keluar dan biarkan sejuk sepenuhnya atas jaringan.
  2. Ambil satu puff pastry yang siap telah sejuk tadi, belah dua (sebab puff akan naik tinggi, maka ada terbentuk ruang di dalamnya). Keluarkan sedikit isi puff tadi.
  3. Paipkan whipping cream secukupnya, kemudian susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Tutup dengan puff satu lagi dan ayak gula aising atasnya, hidangkan segera. Kalau anda suka, boleh juga drizzle dengan coklat cair sebelum dihidangkan....hmmmm..

10 comments:

norhanim md zain said...

ops..bestnya tengok buah buahan tu..mesti sedap dimakan bersama pastri puff...i like....

thanks che mat sudi share..mesti try ni..

Sunah Sakura said...

niceeeeeeeeeeeeeee...

nice bahagian entri kat atas tu, yang pasal pastri, dengan yang pasal muka kene sterika tu..hehehe

Zaliedana said...

Assalam CMG,Sy nak tnya w/cream yg dlm tin tuh bli kat kdai baking ke,1tin rega bape?Kira mmg terus guna xyah pukul lah eks?Alahai nmpk sedap sungguh,mmg tergoda..

Citarasa Rinduan said...

selamat malam cik mat..
sentiasa ingat mengingati amalam mulia..

semoga cik mat sohat selalu..
PS: saya dah tak sabor nak beli BM.. nak meroti.. hehhe

Iffah Afeefah said...

wah meletup2 pastri nye

mas saari said...

sedapnyaaaaaaaaaaa!!
dahlah tengah lapar ni..

Niena Pengembara Ilahi said...

best nye jdik ank dara pcm nie..kn..kn.kn

Ummi said...

Waaaaaaaaaaa...macam2 la idea ko ni Mat, dalam sakit2 siku pun...hehhehehe, sedapnya tengok..

nurbeena said...

perrrgh...nampakpun dh selera

Ryo Azhar said...

hadoiiiiiiiiii CMG....jgn nak post yg sesedap sgt boleh tak???jeles sgt dah ni.nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.