BEN ASHAARI

Monday, November 7, 2011

BANANA POPPYSEED CUPCAKE....SEDAPP!!

rsz_dsc_5784
Salam petang....Jomm minum petang sambil makan cupcake pisang yang sedap, lembut dan jus nice, tanggal gigi palsu pun masih boleh makan. 2-3 hari dah mat plan nak buat kek pisang ni, tapi asyik tertangguh je, sampai pisang habis. Hari ni dapat pisang masak dalam 5 biji, boleh lah on projek. Buat dia mudah dan hasil dia memuaskan. Mat letak poppyseed atau kas-kas. Tapi ni nak bagi tau, bagi mereka yang mendiami Singapura, biji kas-kas atau poppy seed adalah HARAM ok di negara anda, dan jika anda letak juga, sebarang masalah adalah tanggungjawab anda sendiri. Harap maklum...dan klik sini kejap...terima kasihh...

rsz_dsc_5802
Resipi ini kan menghasilkan dalam 14 biji cupcake dalam bekas sederhana, dan kek ini akan sedikit turun bila masak, tapi serius ianya sedap, dan lembut serta ada rasa sedikit kekacang dari biji kas-kas tadi. Jika anda nak bakar dalam bekas besar pun boleh, cuma masa membakar tu tambah sikit lagi atau hingga masak...Hoo, hingga masak tu macam mana, sampai rentung ke, atau sampai keluar asap kepul2. Biasanya kek macam ni kan, jika nak tau masak selain test guna lidi sate (kita cucuk tengah kek dan jika keluar bersih, tanda kek masak), kek akan sedikit mengecut terutama bahagian tepinya dan kelihatan sedikit renggang, tapi ini jika anda bakar dalam bekas besar, kalau guna paper cup, sekitar 25 minit hingga permukaan perang sudah memadai...Ok kita semak resipi...ehh sebelum tu nak ajak anda fikir2 sikit pasal entri ini...hmmmm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
45 gram mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur gred A (berat 60 gram sebiji)
50 gram soft brown sugar @ gula peerang
60 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
1/2 camca teh ovallate
70 gram pisang, dilecek
3/4 camca besar kas-kas (poppy seeds)
2-3 titik esen pisang atau esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Sedia paper cup secukupnya. Samada dialas dalam bekas2 kecil atau gunakan cup jenis keras. Ketepikan..
  2. Putar gula perang dengan ovallate, hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingg adunan pekat dan gebu macam adunan baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang dan tepung sedikit demi sedikit, hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan esen pisang @ esen vanilla dan biji kaskas tadi. Gaul rata. Isi dalam acuan 3/4 penuh, buat hingga siap. Bakar 25 minit hingga kuning keemasan. Keluar dan sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang.

6 comments:

Iffah Afeefah said...

Tgk pon sdp

Noor Adibah Binti A.Latif said...

serius! nampak sedap!!! <3
huhu!!!

Amie said...

kalau asasnya tepung dan pisang, gerenti sedaplah mat...

aimie amalina said...

weee
cm bingka pisang pon ade
dapnyeeeee =]

Lady Windsor said...

Sy pun buat muffin Oren poppy seed gak tapi nape sy punya nampak x sedap ya CMG?

mas saari said...

tengok pun dah tau, mesti sedap punya! dahlah comel..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.