BEN ASHAARI

Thursday, October 13, 2011

BLENDED BUTTER CAKE

rsz_dsc_3413
Selamat petang semua..sibuk ke,..petang ni mat letak entri kek....kek mudah buat dah rasa dia not bad, moist jee. Dua hari lepas mat singgah di blog geng masak2, Blog Mas, maka terpandang lah satu entri kek yang mudah dan nampak sedap. Resipi asal dari Kak Fida, salah seorang member MyResipi. Memandangkan semalam mat tak sempat nak mencuba atas perihal2 yang tak boleh dielakkan, makanya mat cuba buat hari ini pulak. Senang dan mudahm tak banyak karenah dan hasilnya boleh dibanggakan. Dari segi rasa pada mat ok, tapi teksture dia tidak sehalus kek biasa, ia agak berongga sedikit dan seakan2 teksture muffin. Overall kek ini sedap dan boleh dibuat untuk minum petang dan sebagainya..

rsz_dsc_3444
Kek ni terpulang pada anda, samada nak buat plain cake atau dimarble kan. Mat saja lah nak habiskan baki coklat emulco, jadi buat lah ala2 marble sikit. Adunan lagi satu tu mat letak pandan paste. Teknik memarble tu ikut kebijasaan dan kreativiti masing2. Resipi kat blog Mas dia guna acuan buat, tapi mat guna acuan bund-pan jenis silicone, dan mat hanya buat 1/2 dari resipi asal. Terima kasih sekali lagi pada Mas dan juga pemberi resipi asal..Resipi dibawah yang telah mat buat untuk entri ini...sedia maklum.

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega, cair dan sejukkan
160 ml susu segar, disejukkan
2 biji telur gread A
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
1 camca teh paste pandan
3/4 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, sediakan acuan kegemaran, jika acuan bulat atau 4 segi, lenser dengan sedikit mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Mat guna acuan silicone..Ketepikan.
  2. Dalam alat pengisar atau blender, satukan telur, gula, susu segar sejuk, mentega cari dan kisar hingga semua larut dan gula hancur. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak tadi, kacau hingga rata dan tidak berbintil2.
  3. Bagi pada 2 bahagian sama banyak, satu letak pandan paste, dan satu lagi letak coklat emulco dan esen vanilla, kacau rata. Sendukkan dalam acuan secara berselang seli antara panda dan coklat.
  4. Buat hingga siap dan bakar selama 50 - 60 minit, atau hingga masak. Bila masak, sejukkan sebentar dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk. Boleh ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....

12 comments:

ninazsyafinaz said...

suka betul kalau resepi yg mudah2 gini!!

eita said...

bagi yang malas macam eita ni memang suka sangat kalau resepi mudah macam ni....
kalau lama2 kat dapur jadi sawan buih...

Ryo Azhar said...

(tutup mata)
nak try lah!cantik sgt kek ni PCM....bertatahkan dedebu gegula lak tuhhhh

Sis-Lin said...

Yeayyyyyy dapat 2 ketul..lalalalalala

cutenya kek ko Mat...i likeeeee :P

**::CIKNUURUL::** said...

makkkkkkkkkkkkkkkkk,..sukenyeeee,.hihihihi,.nak gak,.

cik pulau said...

berair mulut2. hishh..

MULAN said...

isshhh... dah malam ni baru nampak kek mabeles ni... telan je la bior pon takde kek..

JIJI YU said...

segebu si pembuatnya..

Isteri Encek Bard said...

wah tak sabo nak aada oven leh try kek dan biskut plak pass ni... gebu kek tu...

kakchik@ella said...

Cik Mat, CIk mat pakai acuan silikon yang lembik blh goyang2 tu ke? Konfem ke tak cair masuk dalam oven? Kakchik ada tapi tak confident nak guna.

Cik Kasut said...

sedapnyer. goyang iman...klu coklat lebih skit lagi ler...

Arissa said...

salam kak ...sy ni 1st time buat kuih ...knp kuih saya hangus bila sy pakai api atas bawah ...pd kepanasan yg di nyatakan ....adakah x payah pakai api atas bawah

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.