BEN ASHAARI

Tuesday, August 2, 2011

TUMIS SAYUR RAMPAI....RINGKAS UNTUK BERBUKA

P1300270
Selamat petang semua, buat apa tuu, dah mula gedek2 kat dapur ke, yang gedek tu nak masak leer, bukan menyelongkar semalam nya lauk..adehh ada faham kaa kecikk. Panas kan cuaca, baru 2 hari berpuasa bibir mat mula pecah2..retak berlian sudah. Kurang air kata Ben, tapi memang betul, sebab bila berbuka, kita minum sikit dah mengah kan, tapi mat memang siap kan 1 botol air di tempat tidur, jika perlu....jika perlu tu kalau malam2 haus. Ok ni kali nak share masakan biasa2 tapi mat suka, sebab cepat dimasak dan rasa dia pun sedap, makan dengan nasi, sambal belacan dan ayam pong teh tuu.. Sebab ni masakan senang sangat, cepat sangat, dan ringkas sangat, mat tulis resipi dia yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 kelopak kobis bulat, hiris kasar, cuci dan toskan
1/4 biji traffic light capsicum (red, green, yellow), dadu kasar
6 biji tomato ceri, belah 2 setiap biji
8 tangkai sweet pea,
6 kuntum cendawan tiram, potong jika besar, cuci dan perah, toskan
1 batang saleri, hiris serong
12 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
1 biji bawang besar hiris berangkai
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum dan layu, masukkan sos tiram dan kacau rata, tambah udang, traffic light capsicum dan saleri, kacau dan tuang sedikit air.
  2. Masukkan kobis, sweet pea daN cendawan, gaul rata dan masukkan sos ikan dan secubit gula, masak sekejap hingga kobis lembut. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan tomato, gaul dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

12 comments:

NINA aka SL said...

Hayyoo Ah Mat aaa.. Manyak menggoda jiwa dan raguku wooo... hehehhe Larikssss sebelum air liur meleleh...

Citarasa Rinduan said...

yes..
ada idea nak buat menu jualan esok hari..
thanks CMG..

kakchik@ella said...

yeay .. dpt sudah idea menu berbuka posa. Selamat Berpuasa Cik Mat ..

azila said...

ni kalo ratah sajer pon best ni..tp ubat kat tepilah kan en mat..hehe

Idah said...

masakan yg simple tapi mesra....cepat pun cepat buat ni....tq

Iffah Afeefah said...

nme baru traffic light hahaha

Afikah Aziz said...

terliur la plak hehe..haihh sabar2 balik nnt masak puas2 cmni ngeee ~

BiNtaNg HaTi said...

ringkas, mudah & cepat dimasak tp sedap...ini suda bagus...weeee~

Isteri Encek Bard said...

wahhhh udang lagikkkk..... ada cendawan sedap...

Usahawan Muda said...

jemput ke blog usahawan muda. http://biznesshoppe.blogspot.com/

JIJI YU said...

resepi kesihatan..dah le tak kena kopek dah kulit udang..yeh2

Sis-Lin said...

haaaa ptg ni aku nak masak lauk ni..hehehehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.