BEN ASHAARI

Wednesday, August 24, 2011

MUTABAK LIPAT.......SENANG DIBUAT,,,

P1300834
Salam morning pagi semua, selamat berpuasa 24 Ramadhan, hmm cepatnya masa. Ok, kali ni nak share satu resipi mudah punnya, dah pernah letak kat DTS rasanya dulu. Sebenarnya ni mat buat semalam. Guna prata segera jenama kawan tu. Untuk inti tu mat guna daging burger ayam Ramly. Kalau perhatikan takde sayur dalam dia. Daun sup pun habis, kalau ada jangan lua letak yea. Ok mat tulis resipi dia, tak larat dah nak bebel...idea pun kering je nihh..huhu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping prata instat jenama KAWAN
2 keping daging burger ayam jenama Ramly
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 inci halia, tumbuk halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk lada hitam
3 biji telur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan bawang putih dan halia tumbuk tadi, tumis sekejap. Tambah rempah kari dan daging burger ayam tadi, hancurkan dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering, angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK MURTABAK LIPAT :- Panaskan non-stick, masak roti prata instat tapi jangan garing sangat. Angkat dan ketepikan. Pecahkan telur dalam satu bekas, kacau rata. Masukkan inti tadi dan kacau. Panaskan non-stick pan 8 inci, tuang sedikit minyak, ratakan. Tuang 1/2 dari bancuhan inti. Biar masak hingga permukaannya sedikit pekat. Letak sekeping prata instant yang telah dimasak tadi. Tekan2 sedikit dan masak dengan api kecil. Kemudian terbalikkan dan masak lagi 1-2 minit. Alih dalam pinggan dan lipat dua. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Potong dan hidangkan bersama kuah kari atau sos kegemaran..

8 comments:

Iffah Afeefah said...

erk slalu gne klit popia

Fizarose said...

salam MG
o respi simple ye..beli kat bazaar x sdp.yg ni kompem best nih. MG jom tlg komen respi simple Maqlouba sy!http://fizarose.blogspot.com/2011/08/maqlouba-simple-series.html

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mudah je kan.. takyah pening2 nak tebar roti... hehe..

Nama ku Nur Azeani Kamarudin said...

bang,saya culik gmbr murtabak pi blog saya tanpa izin abg...hrp maaf ye bang..hehe..apapun mjurtabak tu nampak menyelerakan daaaaaaaaa

WaniGhani said...

wah...kretip2..mcm lagi sedap je dr guna kulit popia..sbb ada lapis2 mcm kulit murtabak betul2..xtebal sgt ke CMG guna pratha ni?

Hezrin Ahmad said...

cepat dan mudah...i likeeee

Oh Oeya said...

eh! tak tercapai akal ku boleh hasilkan murtabak sebegini mudah..
tapi.. buat ker erkkk!

adanaberkat said...

humak i..kecor air liur eden dibuat nya rasa mcm nak wat lak..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.