BEN ASHAARI

Monday, August 8, 2011

CHAR KUE TEOW KERANG DAN UDANG..

P1300427
Salam semua, selamat sudah menjalankan ibadat puasa hari ke - 7 dan masuk hari ke - 8 pulak. Syukur alhamdulilah. Semalam masa berbuka puasa, mat tak lalu langsung tengok nasi, cuma bernafsu pada kue teow ni dan juga cucur udang's, yang tu nanti mat letak yea. Sebenarnya ini sebab mat tau anak2 buah mat suka makan, tapi mereka tak suka ada sayur dalam dia terutama taugeh..huhu, yang depa tau kerang dan udang je. Payah juga nak ajar budak2 ni makan sayur, tak de lah macam kita orang dulu, semua boleh masuk dalam tekak, takde pun nak cerewet2 bagai...

P1300432
Mat goreng tak banyak, kurang lebih 500 gram macam tu. Tapi bila dah ada kerang, udang dan sayur sikit, wahh jadi banyak lah pulak..boleh macam tu?..Hmmm, apa yea lagi nak tulis, rasanya tak de lagi lah, nak cerita pasal kue teow pun tak de apa yang bess, sebab resipi pun ala2 yang pernah mat buat dulu...Apa2 pun terima kasih mat pada Kak Jee, sebab buat daku terliur dengan entri diblog beliau baru2 ni yang ada kue teow....hehe... Ok jomm layan resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
2 genggam taugeh
20 tangkai kuchai, hiris pendek
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
1/3 cawan isi kerang
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cili kisar
3 camca besar kicap manis
1/2 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah sos tiram, kacau dan masukkan kerang dan udang, gaul rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur dan bila sedikit mengeras, kacau hancur dan gaul rata dengan bahan2 lain.
  2. Tambah kicap manis dan kicap pekat tadi, kacau dan masukkan kue teow, gaul rata. Masukkan kuchai dan taugeh, gaul lagi dan tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...

8 comments:

whitecappuccino said...

hmmm..terliurnya!! ish!

hadiaruz.. said...

bestnye...bulan2 pose ni buat terliur..hehe

H.J said...

awal lagi ni mat.dah terliur da..haha

Sha HomeMade Cake n Choc said...

nyumm,nyumm... ini memang fav Sha ni.Memang mengoda perut pagi2 ni, tengok kiri kanan dah terliur niii.. layan jgn x layannnzzzz

Cik Puan Zura said...

sedapnya...walaupun tengok gambar je, memang terliur...

nanti boleh lah cuba ni...

siap ada isi ketam tu...

ZaHusNa Collections said...

Semalam dah buat kue tiaw kungfu... dengan Nasi lemak sambal kerang. Ada baki lagi kue tiaw dan kerang siap kupas dalam fridge tu...huhu sedapnya....nak kena buat nih....

JIJI YU said...

papa..ekek..sekang ni dah rasa cam kuat iman dah masok blog papa.

Ya ALya said...

mesti sedapkan.......saya memang suka keow teow goreng,lagi2 di makan dgn cili jeruk tu......

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.