BEN ASHAARI

Monday, July 18, 2011

GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI..

P1290936
Pernah makan ikan sungai atau ikan air tawar?...Mat makan juga, tapi bukan semua, kalau ikan seluang, ikan putih, temperas, haruan dan keli sungai tu mat makan lah. Selalunya ikan sungai ni abah mat jala kat sungai sekitar penempatan kami, tapi keadaan tak macam zaman 90-an dulu, sekarang sungai pun dah tohor, cetek, jadi lubuk2 untuk ikan bermain pun dah tak de...Pembangunan pun menyebabkan sungai2 ni makin tercemar..hmm, ini lah harus kita bayar demi pembangunan dalam dunia modern ni. Mat ingat lagi dulu masa kecik2 mat pun kerap ikut abah menjala ikan...seronok lah, cuma masa jumpa ular jee jadi tak seronok...takuttt..abah mat pulak jenis kalau tak habis sepanjang sungai tu dijala, sahh tak henti nyaa...Sekarang ni xtvt tu dah kurang atas faktor usia dan ikan pun makin pupus, tinggal yang kecik2, kecuali di kawasan tasek yang ber"puaka" tuu...huhu...malas nak cerita...Ok kita semak resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)

10 - 15 ekor ikan sungai (jenis ikan temperas bersaiz kira 2 jari orang dewasa)
2 cawan rebung jeruk, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
200 ml pati santan
Sedikit air jika perlu
2 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung jenis hijau
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, bersihkan dan lumur dengan sedikit garam, tepung dan jus limau nipis, perap 10 minit, cuci kembali hingga betul2 bersih. Lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam, gaul rata. Goreng ikan tadi hingga garing. Angkat dan toskan..
  2. Dalam periuk, satukan rebung, asam gelugor, serai titik, bahan tumbuk halus dan juga tempoyak, kacau rata dan tuang santan cair. Didih kan hingga menggelegak. Perlahankan api, masukkan ikan, daun kunyit dan pati santan, kacau perlahan.
  3. Bila mendidih, kecilkan api, kacau sekali sekala, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Jika kuah agak pekat, boleh tambah sedikit air..




7 comments:

puteri rimba said...

arrrrr...sedapnya...lama tak makan...ni yang rindu nak balik pahang ni...cari ikan sungai jelai ,lipis tu...erkkk..dah la tgh lapar..ishhhh...

JIJI YU said...

pernah dgr tak ikan cermin

Ummi said...

Mat, lenkali jumpa ular tu ko ketuk jek dgn kayu...tangkap wat sup, xpun masak tempoyak ok gak...wakakakkaka....issh, x relaaa..

Mat Gebu said...

@ puteri rimba - kann,,,dgr cerita ikan air tawar belah Pahang lagi sedap2..

@ jiji - uikk ikan air masin pernah lah dgr ikan cermin...cermin gelap ke cermin terang?..hehe

@ kak ummi - hahha, ecehh akak pun tak hagak2, ular tu kecik je kak, kita berdua makan pun tak cukup.

Niena Pengembara Ilahi said...

suka ikan baung... erm..sedap.. PCM org mana?

Rozita said...

temperas... wah lama x makan... CMG.. kalau letak belimbing lg marveles kan?

Sis-Lin said...

Puas aku cr..jumpa jugak masak tempoyak ni..hehehehe

sedapnyaaaaa.....arghhh mau masak gak ler...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.