BEN ASHAARI

Sunday, June 5, 2011

MI GORENG RINDU DENDAM..

P1280766
Salam pagi Ahad, apa khabar....dah sarapan..Pagi ni mat share satu resipi mudah masak, walaupun mi goreng saja. Lepas teman2 blogger balik semalam, mat menerima satu kunjungan lagi, kali ni tetamu dari Batu Pahat, kawan pada abang mat. Nama resipi kan main, gah..Ini hanya mi goreng ringkas saja, mat goreng sebelum maghrib semalam, dengan cepatnya aku masak. Tapi yang penting bahan2 dah memang sedia ada. Mi kuning dalam 500 gram sahaja. Mat kan selalunya mi kuning atau kue teow, mat akan simpan dalam freezer. Bila nak guna panaskan dalam microwave hingga lembut dan boleh digunkan. Ok semak resipi plak..layannnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
15 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
1 cawan hirisan nipis daging batang pinang, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1/2 cekak kuchai, hiris pendek
1 keping tauhu dadu kecik dan goreng, toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
Kicap cair secukup rasa
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
Secubit gula
1 kiub ayam "Maggi"
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, sos cili dan kicap pekat, kacau rata. Masukkan daging, tuang air, kacau dan biar daging lembut.
  2. Tambah udang, gula, tauhu dan kiub ayam, kacau rata. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras sedikit, kacau hancur dan gaul. Tambah mi kuning dan gaul rata. Tambah kicap cair secukup rasa rasa. Kalau ingin mi kelihatan basah, tambah sedikit air.
  3. Akhir sekali masukkan kuchai dan taugeh, gaul rata, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan..

5 comments:

bersama kak Es said...

mee goreng rindu dendam ...

kak Es bayang kkan cam banyakkkk la sebab rindu dendam nak makan mee goreng.. hehehe

Rindu dendam dah undi DTS pagi ni :)

alamanda said...

ni kalau makan ni, sure akan terindu terindu kat ko mat. bestnye diorg diorg dapat jumpe dgn the famous mat gebu.

Mas said...

sedappnya mee goreng...
meh sepinggan che mat....

Sunah Mohammad said...

kenapa berdendam2?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

rindu dendam tu nama dia...gorengkan tuk saya leh tak Mat Gebu?nmpk sgt2 sedap..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.