BEN ASHAARI

Wednesday, June 15, 2011

DAGING HALIA SOS TIRAM.

P1290061
Salam semua, aduhh, masa agak ketat hari ni, nasib baik mat dah kurang ketat. Hari ni mat masak untuk anak2. Jadi semua jenis tak pedas. Patutnya hari ni ada 3 entri...huhu tapi tatau lah sempat nak masukkan ke tak, yang ni pun masak mat nak up entri, dok kat meja makan dengan segala hidangan dok terlonggok lom kemas, lepas ni ingat nak keluar kejap, mungkin petang baru boleh up entri baru, insya Allah...Terima kasih mat pada blogger JIJI yang komen kat entri bawah ni, dia kata blog mat terselit kat satu artikal di Harian Metro hari ni 15 June 2011...Yang tu nanti mat masukkan entri dia yea..sekarang kita semak resipi, sesuai sangat untuk anak2 anda...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA:-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci halis*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit gula
1 cawan air
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia muda, hiris halus
3 camca besar kicap cair
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging digaul dengan halia + bawang putih tumbuk dan perap 2 jam. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah daging, gaul dan masak hingga daging kecut.
  2. Tambah air dan bila mendidih, masukkan kicap cair, tambah hirisan bawang besar dan serbuk lada hitam. Masak hingga daging lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelu, dihidangkan..

20 comments:

kakchik@ella said...

Alahai cik mat .. kakchik rasa mcm nk pindah sebelah rumah cik mat sekarang jugak. hari2 tumpang mkn sedap2. hihi

miss inna said...

sedapnnya..yummy3x!
cik mat, bg la inna semangkuk..rasa malas pula nak masak ari nie..
nak makan jer..^^

Jiji-Fify said...

perghhhhhhhhhh melelehhhhhhh!!!

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Rahmah Ram Ram said...

aduii..time-time puasa ni tetiba terasa lapar la pulak Cik Mat..menduga betullah!! nak try lah wiken ni.

Ummiakid @ lily said...

Balik Johor nak datang rumah boleh CM...dekat jer...kota tinggi AT3...nak makan kat sana...(muka x malu melawa diri sendiri...)

Isteri Encek Bard said...

WAHHAHH SENNAG JER.. SANGAT MUDAH UNTUK DIBUAT

AI said...

- wahhh...blom abis ku mkn sandwic salad ayam, dtg lak hidangan daging halia sos tiram...ape lagi makan le...hehe

Ummi said...

Tahniaaaahh Mat, ko mmg terbaiiiikkk!!! Nanti petang kang akak cari Metro tu...td xdan nak singgah...lupaaass..hehe

izahdaut said...

tahniah lagi buat cik mat. tak lama boleh gader2 ngan chef wan..meletopss.. hehe

mamasuri said...

senang je yek bahan2 tu...leh lah try buat...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

aduss lapor kembali huhu

Mas said...

hhmmmmm...memang menyelerakan tengok lauk daging tu..
sedappnya..

mama's princess said...

sedapnyer...:)

Chempaka Aziz said...

simple dn menyelerakan.sedapnya mkn dgn nasi yg tgh pans2 tu.

CT Delima said...

As'salam Mat

tahniah dari kak ct juga. tumpang gembira dengan kejayaan Mat dari hari ke hari. teruskan dengan usaha murni Mat di DTS ya Mat.

sedap nya hidangan daging halia ni, kalau hirup gitu2 pun jadi gak ni :D

Ezzah Aziz said...

cik Mat...sedap lah walau pun resepi ni utk anak2...mak bapak atuk nenek pun boleh tumpang...tq cik Mat kongsi idea..

eqbalzack said...

nak pi cari sat MG...td dok baca kosmo je..hehe

apa2 pun tahniah dulu MG!

Nur Hidayah mat lazim said...

cik mat dah cuba...mmg ummpppphhh....mintak izin copy resipi yer....

Cik Puan Mimie said...

tgk macam sdap je..

tgk resepinya pun mudah je..dan simple je nak masaknya..

nti nak cuba la.. ;)

myaqury said...

Macam senang je ni. heh. boleh try kat rumah ni. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.