BEN ASHAARI

Wednesday, March 16, 2011

ASAM PEDAS AYAM....ala...JOHOR

P1260264
Assalammualaikum..waa baru balik, ngantuks pun yea...takpe-takpe, nak tulis N3 resipi kejap sebelum mat masuk tidur. Sebenarnya nak buat auto-publish sebelum maghrib tadi tapi tak dann lahh, sebab nak kena bersiap2 pi kenduri, cuma sempat masukkan gambar siaa, jadi ni dah balik, mat sambung lahh tulis N3. Sebenarnya kak ipar mat buat kenduri sempena 100 hari pemergian arwah abg mat yang no. 3 kesah di sini dan di sini. Sekejapnyaa masakan.. Ok lah, setelah tugas2 dibagi, mat diamanahkan memasak nasi dan juga lauk ayam..kali ni tak nak santan, jadi masak lah asam pedas..tu pun kalau tengok dalam gambar macam "berminyak" kan. sebab utama ialah lemak2 ayam tu telah mencair. Lagi satukan pada mat, memasak benda2 yang perlu ditumis hingga garing, perlu leboh sedikit minyak, terutama sambal tumis dan kari, tapi lebihan minyak kita boleh cedok keluar kemudian....Jom kita semak resipi...alah macam asam pedas biasa2 saja...(mat masak dalam 7 ekor ayam, jadi resipi ni mat tulis untuk 1 ekor ayam)..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 14 atau ikut suka
1 cawan cili kisar
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji terung kari
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Terung kari dibuang sedikit kulitnya, belah 4 dan rendam dalam air garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan ayam dan daun kesom (toskan), gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan masak hingga ayam empuk. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa (jika guna). Akhir sekali masukkan terung tadi (toskan) dan masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman

10 comments:

Miss Ran said...

tkpernah makan tapi cm sdp..

pakcik mat roti sy menjadi..ahakss...

hehe mekasih resepinye=)

HATYCIKNUURUL said...

ahha,asam pedas ayam,..selaluuuu sgt buat klu dh jemu mkn lemak2 ni,.hehe,..

Sunah Mohammad said...

miss ran kene cuba ni~~ sehingga menjilat jari tau!

Sis-Lin said...

ermm mmg peberet dlm uma aku ayam masak pedas ni...:)

@juera said...

fevret ni.nk msk utk hri ni..tq sharing :)

Mekar said...

Salam Mat,

Saya bila buat asam pedas pakai ikan tak penah guna ayam. Ada kelainan nih :-)

jom belajar buat macaron

Dian said...

nyum nyum..br tgk gmbr dh tliur blm lg rasa masakkan air tgn cik mat nih...

shaz said...

7 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih kan? sbb mat tulis kat situ dua-dua bawang merah...

PidaSanglang said...

TQ mat akak try wat last week tapi mcm tak jadi this weekend try lagi

Shaizhar said...

ada ke asam pedas daging?

hu hu..nak suruh mak cik purple masakan la..

mesti sedak (segmen bodek)