BEN ASHAARI

Thursday, February 24, 2011

TAUHU GORENG SINGAPURA....RESIPI MUDAH.

P1250888
Salam tengah hari semua, ke salam petang eka?..hmm, tak kesah lah...selamat berjumpa kembali. Mmm urusan hampir selesai tapi esok pun perlu urusankan langkah seterusnya, alahh malas nyaa nak ke JB pulak.. urusan jual beli tanah bukan satu kerja mudah, dengan prosedur yang perlu kita lakukan....nasib baik mat kena tandatangan saja. Lalalala, aiman tak kesah.,.haha, ok kali nak saji satu resipi ringkas, sebab aku tak de banyak masa tadi, balik2 bergegas masak apa yang ada...maka jawapannya termenjadilah tauhu singapura ni, kuah pulak sebab nak cepat mat guna kuah sate yang memang mat sejuk beku kan untuk kegunaan darurat macam ni hari...Tapi resipi dibawah ni mat letak kuah yang sama macam mat buat tahun 2008 dulu yeaaa...ok semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang (tak de, mat ganti dengan lobak merah)
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Air secukupnya*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 4 - 6 bahagian (bergantung pada saiz tauhu), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang (lobak merah) dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

19 comments:

AdyBudika said...

Ahaaaa..yang nie bahan2nya mudah aku dapatkan :P

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
mmg rajin bujang teruna nie didapur
dalam sibuk2 ke jb..boleh memasak..

terbaik..kaulah sifuku..

Eda said...

ermm...boleh cuba utk menu berbuka petang ni nih.;-)

Jue Isa said...

nampak sedap je nk cuba la...elok tuk diet ni

~nsar~ said...

macam tokua sumbat... tp x bersumbat...

Jiji-Fify said...

oh yang ni mudah! boleh try! :)
Saat Aku Kau Pilih

risa said...

tahu adalah peberet saye:)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sedap buat minum petang ni

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sgt sedap . terliur lak LM tgk gmbr ni.tq Mat Gebu..

hanisa sabrina said...

ohoo.ringkas gila resepi ni.

eh,segan je.yg ppn mcm sy ni pn tak reti masak byk2 :P

Sari Yusa Ibrahim said...

sedap ni cik mat. Oh, nak gi JB ke, mehlah singgah umah kita bawa tahu ni kot2 ada lebih ya... hik2

Izan Ishak said...

mmg sedap ni cik mat~ terus je lapar balik~

kakchik@ella said...

mcm tahu sumbat yg dmkn dgn kuah kacang eh cik mat??

misza said...

nampak mcm kuah pasembor.

misza said...
This comment has been removed by the author.
akuanakpahang said...

Salam CMG, leh cuba nei :)

maziah said...

Klu saya,xde maknanye nk msk2 bla dah byk benda lum selesai. Tahu pun dah kira ok utk minum petang hehehe.

Rozuan Ismail said...

adalah beza dengan cara org malaysia masak tauhu,,tapi bahan2 dia mcm buat popia je

p/s
jom join bloglist pak cek biola.. http://kringg.blogspot.com/2011/02/berita-baik-untuk-semua-jom-join.html

CuteOven said...

terubat rindu...dh lama sgt tk ke s'pore dpt mkn tahu yg mmg feveret kite pn dh ckup baik... tq CMG kongsi...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.