BEN ASHAARI

Friday, December 3, 2010

SOTONG BERIANI MASAM MANIS

P1240297
Salam petang Jumaat semua, aduh bz nih, bz..hehe, tapi sempat lagi meng online kan diri, hehe macam mana tu?..Mushkil gak kan, hari ni jadual agak ketat juga, masak pun yang simple2 saja, alaaa jadul kerja2 rumah lah, bukan kerja2 ofis, mat gebu kan kojo eyy motong gotah yang oii, takdo mano nak poey pun, kalau nak ngangkek "jambaa"(dulang) tu buleh laaa...Wahh terkeluar cakap Rembau pulak. Hari ni nak share satu resipi fusion dari idea gila mat gebu, eh hasilnya kan sungguh tidak mengecewakan..serius beb!..yelah mat gebu sendiri masak, takkan nak kata tak ok, yea tak..terpulang, apa2 pun luu kasi test dulu, kendian kasi komen pada guaaa..amacam?..Sebelum terlupa, anda dah mengundi untuk blog pilihan Malaysia?..kalau belum boleh klik sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ekor sotong saiz sederhana
1 1/2 camca besar rempah beriani mix "Maggi"
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih hiris halus
1 camca besar sos lada hitam
1 1/2 camca besar sos cili thai
Sedikit garam, jika perlu
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani mix "maggi", ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
  3. Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..

13 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam..

cik mat....cantinya dan seninya sotong itu...

ayu tetap vote cik mat gebu!!!!!BOLEH

Fara said...

nampak sedap.. :) terime kasih utk resipi

K.Nor said...

salam che mat, cantik kelaran sotong tu :) mintak izin ya..nak copy & save.. lain kali boleh buat :) mekasih

CT said...

wow! sedapnya + kreatif. Jom vote CMG....jommmmmmm!

Mat Gebu said...

salam untuk...

@ayu - terima kasih, saja suka2 kan bukan apa..rh sotong tu lawa pulak dalam pic, mcm ulat gonggok pun ada juga.

@fara - sama2 puan, nanti boleh cuba yea..

@kak nor - sebab sotong tu saiz sederhana jadi boleh lah kerat mcm tu..

@CT - terima kasih kak, hehehe.

cikgu isza said...

salam mat,
tang rasa tu saya tak heran.. tang seni tu menyelerakan..
nyummy2..

SnowladieS said...

besnya sotong!

uncle mat ade masak pancake tak?
saya nak buat pancake :D

cik EPAL said...

nampak sedap =)

~ Mamma Olyn ~ said...

sedapnye masak sotong cam ni:) selera makan nasi ni..BTW. mamma olyn vote for Dapur Tanpa Sempadan! cayalah Mat Gebu, tetap menjadi pilihan ramai:)

Mat Gebu said...

@cikgu isza - hahaha,betul2, sama macam komen mak saya, dia pun kata style cutting sotong tu lawa..erkk..masuk bakul angkat sendirik kannn...

@snowladies - yeaa betul, sedap dimakan, tapi terpaksa menelan penawarnya..

@ cik epal - waaaa...terima kasih sudi singgah dan komen diblog masak2 mat gebu...

@mama - Terima kasih DTS ucapkan pada mama. Sotong nikan makan dengan nasi hangat2 mmg sedap..

Anawahid said...

ooooooo... hoiiiiiiiiiiii * intro cek mek molek m daud kilau *.... tergoda ai mat tgk sotong tu matttt... ishhhhhhh...

Sis-Lin said...

sotong pun boleh masak beriani???? versatile betul makanan seafood ni yek... :)

aZLiNa aZiZ said...

Tergoda tengok cara sotong tu dipotong. Very the memukau! ;p

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.