BEN ASHAARI

Friday, December 3, 2010

SEGMEN : AKU INI WAKIL RAKYAT..OKEH!!...PENGSANNN!..

Tempat pemastautin anda ..
  • Sedenak, dalam kawasan daerah Kulai Jaya, Johor....
Kelemahan serta kekurangan di kawasan anda ..
  • Pada dasarnya tak de masalah, cuma bekalan air kadang kala kerap terputus terutama musim2 perayaan. Oh yea lagi satu pasal pembahagian tanah pada orang2 melayu, pasal apa penduduk Sedenak ada yang tidak lulus permohonan mereka, tapi orang luar daerah dan kawasan yang tidak berkenaan boleh dapat..ada kah ini berkaitan dengan "kroni" atau mereka2 yang berkenaan telah dibagi "makan suap" dengan wang ringgit?...
Apakah perubahan yang akan anda buat di situ ..
  • Penyelarasan dalam pemberian hak milik tanah pada mereka yang betul2 memerlukan secara telus tanpa melibatkan wang ringgit dan rasuah.
  • Melaksanakan penurapan sebahagian jalan utama, janji yang telah kami dengar sejak puluhan tahun dulu...
  • Menyediakan kemudahan tangki air khas untuk kampung Sedenak itu sendiri, memandangkan kawasan kami terletak agak tinggi.
Bagaimanakah anda nak menangi hati penduduk di situ ..
  • Memberi lebih perhatian pada keadaan kampung dengan meningkatkan gaya dan mutu hidup, contoh paling mudah menjalankan aktiviti pendapatan sampingan seperti "SDSI" - satu daerah satu industri...
'Janji manis' anda pada penduduk di situ untuk pilihanraya akan datang ..
  • Memberi bantuan dari sumber kewangan pada pelajar2 cemerlang dalam akademik untuk melanjutkan pelajaran mereka samada dalam dan luar negara.
  • Mengadakan satu persatuan ibu-ibu tunggal, serta memberi latihan intensif dari segi teknikal untuk menambah pendapatan masing-masing.
  • Mewujudkan tabung amanah bagi membantu mereka2 yang ditimpa musibah, samada kematian, kemalangan dan sebagainya.
CATATAN MAT GEBU :- Terima kasih pada jiran sepagar DTS, mat terpanggil nak menyertai "SEGMEN : AKU WAKIL RAKYAT...OKEH!!" kerana ianya agak berlainan dari segmen2 sebelumnya....Harap maklum..

9 comments:

Peri PiA said...

mane janji manismu?lidah tidak bertulang..hehe

bgs2 n3 ni

nazirulhazwan~ said...

gile la mat gebu, next PRU boleh bertanding.haha

AKO @ retna said...

ako join segmen ni konpom nan ado satu jawapan dari ako ...

konpom punya klu kena jawab soklan SPM tajuk camni ako FAIL hehhee

K.Nor said...

bravo2 che mat, nanti next PRU k.nor pangkah che mat ya.. erkkk.. tp tak boleh kan, tak mengundi kawasan tu.. hehehehe.. sokong dr jauh dah la ya.. hhehe

Amirah Yusof said...

uhmm YAB DATO' MAT GEBU

Ummi said...

Salam YB....! Waaaaaaaaaaaaa...hidup Mat Gebu! PRU akan datang..akak tukar tempat mengundi kat Sedenak laa..kita nak Mat jadi Wakil Rakyat kita...tp ko Mat, kalau dpt tanah berelong-relong jgn asyik nak bg apek jual tekosss jek..siap ko! Nanti semua lesen jual teko ko luluskan, lesen goreng pisang tuk ibu tunggal, ko tolak..siap ko kena sunat dgn mokcik2 ibu tunggal nnt...ko sanggup ke? Ada brann? hahahhaha

Sis-Lin said...

aku dr td dok mikir nak jwb sehmen ni..eee x pandai le aku..
huhuhu

Mat..bila free..aku mau serangggggggg..hahahaha

Mat Gebu said...

Salam untuk...

@peri - hahaha, mmg tak bertulang, janji manis ku tabur, bila dah dpt,ku buat bodoo..

@nazirul - Hahaha, alahh saja lepas perasaan yg terpendam..

@retna - eh apa yg aku tulis tu kan, mmg betul koo, kampung aku ni org melayu tak ramai, tapi perangai dia org "ramai" sangat.. nasib baik aku dok area cina..

@ kak nor - alah hai akak ni, segan saya, kita jadi wakil dapur sudah lahh...

@amirah - yess datin, can i help you?..

@kak ummi - haha, no comment yea sebab komen2 anda telah nat gebu jawab secara telus di YM petang tadi...boleh gitu?.

@sis_linn - haha, kws koo tak payah sebab dah besss..pstt nanti eks, kalau minggu depan ok tak, aku tgk jadual dulu..

cek chun said...

hidup YB mat!!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.