BEN ASHAARI

Tuesday, December 14, 2010

MEE KARI HIJAU THAI

P1240468
Salam semua, selamat tengah hari, ni N3 cepat sebab mat ada kerja menunggu. Ini saja mat nak habiskan stok pes rempah kari hijau thai, bukan beli, tapi buat sendiri, resipi asal ambil dari blog kak ida 1001 resipi, terima kasih kak ida. Lebihan pes yang mat masak masa kak liza datang dulu, mat bekukan dalam freezer, sebenarnya rempah tu mat dah siap2 tumis dengan hingga menjadi pes. Bila dah ada, kerja jadi mudah dan cepat. Pada mat pes rempah kari hijau tu boleh dipelbagaig guna, tambah sedikit bahan2 lain dah menjadi satu hidangan yang sedap. Kalau ikutkan gun mee laksa lagi sedap, tapi tak de, ku belasah mee kuning saja. Kalau guna mee hoon pun ok. Jom tanpa berlengah lagi, mat tulis resipi dia...

BAHAN PES REMPAH KARI HIJAU :-)
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah

BAHAN LAIN :-)
1 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 helai daun limau purut
Sos ikan atau garam
Gula secukup rasa
150 gram daging batang pinang
10 ekor udang saiz besar
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Air secukupnya
Mee kuning/Mee laksa/Mee hoon
Belahan limau kasturi
Belahan cili padi
Daun selasih
Daun pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Kisar semua bahan untuk rempah kari hijau thai kecuali jus limau nipis dan gula melaka, hingga halus, panaskan minyak, tumis hingga terbit minyak, guna api perlahan. Tambah gula melaka dan jus limau nipis, kacau rata dan matikan api. Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KARI HIJAU :- Masukkan 3 camca besar pes kari hijau dalam periuk bersama santan cair, serai dan daun limau purut, masak hingga mendidih. Masukkan daging, udang dan bunga kantan. Masak hingga daging empuk. Tambah sos ikan secukup rasa, cili padi dan gula. Tuang santan pekat, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK MEE KARI HIJAU THAI :- Celur mee tadi, letak dalam bekas sesuai, tuang kuah bersama isi2nya. Tabur dengan daun selasih, daun pudina, belahan limau kasturi dan boleh hidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk resipi ni, mat guna susu sejat yang diletakkan akhir sekali, kemudian didihkan sekejap saja dengan api sederhana.

9 comments:

Rozuan Ismail said...

sinngah blog DTS ni sebab x lunch lg..tgk mee kari hijau thai tu penuh sleera sgt..memang ramuan dia original dari thai ke?

Mat Gebu said...

@ rozuan - haha, tak delah tuan, ramuan dia dari dapur mat gebu di malaysia...tapi ada kemungkinan resipi asal dari dapur keluarga orang2 thai..ini kira fusion nya resipi..

cplud miera said...

yummy..sedapnye..cik mat, de x resepi diet? cplud tgh on diet nih..huhu~

Ibu Mifzal Arsyad said...

yummy..!!

chikadakbiru said...

isk isk petang2 yg dingin ni..tgk mee kari hijau nih terus perut berdangdut..sedapnyer..rajin betul CMG nih :)

SweetySue said...

waduh2....bisa menggegar kan jiwa..sedapnyer nampak,tentu rasanyer pun sama dgn rupanya....nyum2..

Miss Kinkin said...

wah..keliur je tgk pic tu.mesti mkn semangkuk nak bermangkuk2 ni..nyUm3 :)

Mat Gebu said...

@ cplud - hmmm, kena cari, rasa saya dalam ni ada resipi kukus dan rebus.

@ ibu mifzal arsyad - hehehe..terima kasih.

@ chikadakbiru - Rajin tu takde lah sangat, sebab bahan2 dah ada, jadi on je lah.

@ sweetysue - Insya allah, tapi kalau guna santan rasa dia berbeza dari guna susu cair (mcm mat).

@ miss kinkin - boleh tak de masalah...

Peri PiA said...

kap kun kap,hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.