BEN ASHAARI

Saturday, December 11, 2010

MEE GORENG GAYA KAMPUNG

P1240398
Salam semua, hmm baru dapat update blog. Sebenarnya mat baru balik dari kubur tadi. Hmm, mat rasa makin OK sikit, tapi biasalah kesan2nya agak lama nak hilang...Tak pe lah Allah lebih sayangkan arwah. Kita semua milik yang maha esa, jadi tiada halangan untuk diambil pada bila2 masa...kena percaya pada Qada dan Qadar Allah swt...kann. Ok, mat nak share satu resipi masakan mee goreng gaya kampung, yang ni betul2 mee goreng yang tiada gabungan dari mana2 budaya, secara jujur, ini bukan mat goreng, tapi bonda sedara mat yang menggorengnya, mengikut gaya dan citarasa beliau.

P1240402
Tanpa ada penggunaan sebarang sos, samada sos tiram atau sos cili, ianya memang asli dengan perisa sebenar (ikan bilis dan udang kering), waima kicap pun tidak digunapakai...asli bukannn..hehe. Kalau sendiri nak letak fish cake atau fish ball pun boleh tak de sapa nak larang. Seperti mat pernah tulis dalam N3-N3 lepas, resipi hanya panduan atau pencetus idea. Kita pandai2 lah mengubahsuai mengikut keadaan dan selera, cuma jangan tersasar jauh dari resipi asal, kalau tak percaya apa mat tulis ni, anda boleh tanya pada mereka yang lebih pakar, macam kak liza...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning, cuci dan toskan
3 pokok sawi, asiangkan daun dan tangkai, siang, cuci dan toskan
2 cawan udang hidup
3 genggam taugeh, cuci dan tos
1 pokok daun sup, hiris
2 keping tauhu, didadu dan goreng4
4 camca besar cili kisar
2 biji telur, dikacau sedikit
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa (yang ni kalau mat tak guna serbuk perasa, ganti dgn sedikit gula)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam ikan bilis, cuci, dan toskan
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan cili
Hirisan daun bawang
Hirisan tomato
Hirisan timun
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan 1 camca teh garam dan sdikit serbuk perasa (jika guna) dalam minyak, kacau rata dan masuk bahan kisar halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingg terbit minyak.
  2. Tambah batang sawi, tauhu dan udang. Gaul rata. Masukkan mee, kacau hingga sebati. Perlahankan api, buat lubang di tengah2 bahagian mee, dan masukkan telur tadi, biar telur kental sedikit dan gaul rata bersama mee.
  3. Masukkan daun sawi, taugeh dan daun sup, kacau hingga sayur kelihatan layu. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan dengan air garam (kalau mat tambah kicap cair saja). Masak sekejap dan boleh matikan api.
  4. Hidangkan mee tadi bersama bahan hiasan sebelum dihidangkan. Sedap dimakan semasa panas..

15 comments:

AKO @ retna said...

mi goreng tiga!!!! teh tarik 3 juga!! laaapaaarrr

aZLiNa aZiZ said...

Waaa....mommy!!! Macam nak terbang ke Batu Pahat sekarang jugak sebab mak selalu buat mee goreng plain macam ni, tanpa perisa apa2 tapi sedap nya, teringat2....

Ctnaemah said...

Mee gini mmg sedap..ku panggil mee botak aje..hahaha

Sharinginfoz said...

pagi2 makan mee goreng sedap ni

RM1,000 Setahun Blogging

akuanakpahang (AAP) said...

Salam En Mat semoga ceria sentiasa adus bestnya kalau pekena mee nie :)
Jom Jalan-jalan ke Pahang "Coretan suka duka sebuah kehidupan - akuanakpahang"

Norhafiza said...

Ya ALLAH..sedapnye abgMat..lame beno No tak makan mi cenggini..org tua2 sebab tu dia sihat walafiat walopon umo lanjut sbb xgn bahan2 perasa..yg benar2 ASLI je..

Alhamdulillah juga sbb abgMat dh kembali ceria..ya, hidup kita mst diteruskan..hanya sedekah doa yg mampu kita berikan..

eelobor said...

suka mee goreng mamak

ummiarissa said...

betullah asli...tak buh perasa cam kicap ke sos cili ke...boleh cuba ni...(macam tak biasa lak kan)..

cek chun said...

boleh cuba nih. menarik sunggoh

Ummi said...

Maaaaaaaaaaaaaattttt....alhamdulillah ko dah ok sikit....pelan2 la tu kan, apapun hidup mesti diteruskan dan iringan doa sentiasa diberikan untuk arwah...moga kakak ipar Mat pun tabah hendaknya....Mat, japgi nak pi tgk demo kak Liza nih....hehe, makan hasil air tgn Chef laa pulak...

ELMIZAN said...

geramnyer nak makan sume..

lianalovekhairi said...

lapar perut tgk mee mat gebu nie

aNa d'sKoDenG said...

erkk...nak makan mee grg mak ~!!!!

kelleykatz said...

saya suka cik Mat punya resipi,
sangat senang nak follow. pun sering jadi inspiration saya nak request nak makan apa (masak sy tak begitu pandai, rasa bertelabur)

kat sini juga mak saya refer, kalau saya tetiba teringin masakan kampong.

terima kasih sangat Encik Mat.

Mat Gebu said...

@ retna - hehe, ok siap, nak antau ke Setapak ke, atau Bukit Indah?..

@ azlina - Hmm tu lah, ini memang plain habis, saya nak renjis kicap sikit, tapi kena marah..hehe..

@ ctnaemah - waahh, mee botak namanya, amboihh kan main "jantan"..

@ sharinginfo - betul2, ni pun memang sarapan pagi..

@ APP - terima kasih tuan, saya sedang berusaha memulihkan semangat...

@ norhafiza - Betul tu, memang asli, rencah pun cuma udang kering dan ikan bilis. Saya tengah mengumpulkan semangat berblog..

@ eelobar - Hmm best tu, saya pun suka...hehe..

@ ummiasrisa - sungguh tak ubuh, cuma makcik saya guna sedikit serbuk perasa..

@ cek chun - menarik dan ringkas kan..nanti cuba yea..

@ kak ummi - huhu, boleh lah kak, tapi hati saya ni sayu jee, susah nak fokus kalau buat apa2 kerja, dok terbayang2 siaaa..

@ elmizan - sila2 jangan segan2..hehe

@ liana - hehe, kalau nak masak mee maggi style macam ni pun
ok..amacam ada brann?

@ ana - haha, terus teringat mak yea...

@ kelly - Terima kasih, alah tak pe, jgn kata tak pandai, kalau kelly pandai masak nasi, dah kira orait sangat..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.